Persediaan Exam PSRA: Tips & Strategi Bersama Ustaz Azhari Sulaiman, Guru Flyhigh Education - Lagi beberapa hari pelajar Darjah 6 bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dijadualkan pada 29 September hingga 3 Oktober. Semestinya mereka sedang mengulang kaji pelajaran, menyemak semula nota, serta menghadiri kelas tambahan demi memastikan persediaan mereka benar-benar mantap. Bagi ibu bapa, inilah masa yang sesuai untuk memberikan sokongan moral dan akademik, agar anak-anak lebih yakin menghadapi exam PSRA yang menjadi kayu ukur pencapaian selepas enam tahun mengikuti pengajian agama di sekolah rendah.
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian penting bagi murid Tahun 6 yang mengikuti sistem pendidikan agama di Selangor. Exam PSRA ini bukan sahaja menguji pencapaian akademik, malah menjadi kayu ukur tahap penguasaan ilmu agama anak-anak. Oleh itu, persediaan yang rapi amat diperlukan agar pelajar lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran.