Seminar Jelajah PKSK Bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar dan Guru Ikon FlyHigh - Pada 31 Ogos 2025, Nad sangat bertuah dapat berjumpa dengan Angkaswan Negara, di Siri Jelajah PKSK yang dianjurkan oleh FlyHigh Education Centre di Shah Alam. Program ini berlangsung selama 2 hari dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta murid Tahun 5 dan Tahun 6.

Keistimewaan bengkel kali ini adalah kehadiran Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia, yang turut berkongsi pengalaman serta motivasi kepada para pelajar. Turut hadir ialah barisan Guru Ikon FlyHigh, iaitu tenaga pengajar berpengalaman dalam membimbing murid membuat persediaan menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2025.

Seminar Jelajah PKSK Anjuran Flyhigh Education Centre 


Apa itu PKSK?


PKSK adalah singkatan kepada Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai dan memilih pelajar yang layak memasuki sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Belajar di sekolah berasrama penuh semestinya menjadi cita-cita anak-anak. Bengkel bersemuka siri jelajah ini fokus kepada persediaan ke SBP/MRSM yang mana pelajar yang memohon perlu menduduki peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Exam PKSK ini lah yang dibimbangkan sangat-sangat oleh pelajar. Sebabnya exam ini bukan sekadar apa yang telah dipelajari di sekolah, tetapi merangkumi beberapa aspek lain iaitu Pengetahuan Am dan Kecerdasan Insaniah yang meliputi aspek kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan spiritual (SQ), dan kecerdasan sosial (SSQ)



Melalui bengkel tersebut, para peserta telah diberikan pendedahan tentang strategi menjawab soalan, teknik pengurusan masa, serta kefahaman mendalam terhadap format PKSK terkini. Bukan setakat berkenaan soalan PKSK sahaja, tapi guru turut berkonsgi tentang kehidupan di asrama dan banyak lagi.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, ramai ibu bapa menyatakan bahawa anak-anak mereka pulang dengan tahap keyakinan diri yang lebih tinggi serta kesediaan yang lebih baik untuk menghadapi penilaian sebenar.

Isi Kandungan Bengkel di Shah Alam

Bengkel semuka ini bukan sekadar kelas biasa. Ia penuh dengan aktiviti, perkongsian, latihan, dan motivasi yang membangkitkan semangat pelajar. Antara isi penting yang dikupas ialah:



1. Teknik Menjawab Soalan PKSK- Bagaimana untuk memahami soalan dengan cepat, mengenal kata kunci, dan memilih jawapan yang tepat dalam masa yang terhad.
2. Strategi Pantas & Berkesan– Ramai pelajar terperangkap dengan soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Di sini mereka dilatih dengan cara mudah untuk mengurus soalan kritikal tanpa panik.
3. Format Terkini 2025 – PKSK sentiasa berubah mengikut keperluan. FlyHigh pastikan pelajar tidak ketinggalan dengan pendedahan format terbaru.
4. Simulasi Ujian– Anak-anak diberi peluang menjawab soalan seolah-olah mereka sedang menduduki PKSK sebenar.
5. Motivasi & Keyakinan – Dengan aura Dato’ Sheikh Muszaphar, anak-anak pulang dengan semangat baru, percaya bahawa mereka juga mampu melakar kejayaan besar
Kepentingan PKSK

Mengapa PKSK Penting?

PKSK merupakan syarat utama bagi kemasukan ke sekolah-sekolah berprestij seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pentaksiran ini bukan sahaja menilai pencapaian akademik, malah turut menguji keupayaan berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, mengurus masa, serta tahap keyakinan diri pelajar. Oleh itu, persediaan yang sistematik amatlah penting bagi memastikan pelajar dapat menonjolkan potensi sebenar mereka.



Tanpa persediaan, ramai pelajar yang sebenarnya cemerlang dalam akademik boleh gugup ketika menghadapi ujian ini. PKSK bukan sahaja menguji pengetahuan, tetapi juga cara berfikir, pengurusan masa, kreativiti dan keyakinan diri.

Sebab itulah FlyHigh begitu komited mengadakan bengkel sebegini – supaya anak-anak benar-benar bersedia, bukan sekadar “main cuba nasib”.

Dapatkan Buku Ledakan Booster PKSK Flyhigh



Dapatkan Buku Ledakan Booster PKSK FlyHigh yang baru sahaja dilancarkan pada 31 Ogos 2025. Buku ini merupakan rujukan komprehensif yang dirangka khusus untuk membantu murid Tahun 6 membuat persediaan menghadapi PKSK 2025. Buku ini mengandungi koleksi soalan latihan, strategi menjawab, nota ringkas serta tip berguna yang disusun oleh guru berpengalaman. Dengan pendekatan yang mudah difahami dan padat dengan isi penting, buku ini menjadi pelengkap terbaik kepada usaha anak-anak untuk melangkah ke SBP dan MRSM dengan lebih yakin.

Penganjuran di Terengganu



Berdasarkan sambutan yang diterima di Shah Alam serta permintaan yang tinggi daripada ibu bapa di Pantai Timur, FlyHigh Education Centre akan menganjurkan bengkel yang sama di Terengganu seperti berikut:

πŸ“Œ Bengkel PKSK Terengganu
πŸ“… Tarikh: 14 September 2025 (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Lokasi: MRSM Kuala Terengganu
πŸ’° Yuran: RM199 sahaja

Apa yang Anak Akan Dapat Di Siri Jelajah PKSK Terengganu ini?


Di Terengganu nanti, isi kandungan bengkel akan dipadatkan lagi. Antara fokus utama ialah:

* Analisis Soalan Terkini – Bukan sekadar teori, tetapi contoh-contoh soalan realistik berdasarkan trend PKSK.
* Teknik Mudah & Pantas– Anak anda belajar cara menjawab dengan sistematik supaya tak membuang masa.
* Tips Killer Temuduga SBP/MRSM – Selain ujian bertulis, ada pelajar yang akan dipanggil untuk temuduga. FlyHigh sediakan anak anda dengan persediaan sebenar.
* Bimbingan Intensif – Dijalankan oleh guru Ikon FlyHigh yang memang pakar dalam bidang PKSK & persediaan SBP/MRSM.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan berpeluang menyertai aktiviti motivasi yang menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha.

 Kenapa Bengkel Ini ‘Rare’?


Ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak mereka sudah cukup bersedia hanya dengan belajar sendiri di rumah. Hakikatnya, PKSK bukan sekadar peperiksaan biasa. Ia menguji perkara yang jarang disentuh di sekolah.

Bengkel FlyHigh unik kerana:

* Dijalankan secara hands-on dengan simulasi.
* Ada bimbingan terus daripada guru berpengalaman.
* Anak-anak dilatih untuk *berfikir di luar kotak*.
* Tempat TERHAD – tidak semua pelajar dapat peluang ini.

Inilah peluang ‘rare’ yang mungkin sekali seumur hidup. PKSK hanya sekali untuk Tahun 6, dan keputusan inilah yang menentukan laluan ke sekolah menengah elit.

Suara Ibu Bapa


Beberapa ibu bapa yang hadir di Shah Alam berkongsi rasa syukur mereka:

> “Anak saya balik penuh semangat. Malam tu terus buka buku dan mula buat latihan. Saya sendiri tak sangka impak bengkel ni sebegitu besar.”

> “Format PKSK saya sendiri pun tak faham. Mujur ada FlyHigh yang terangkan dengan jelas. Sekarang saya yakin anak saya lebih bersedia.”

Maklum balas seperti ini yang menguatkan lagi semangat FlyHigh untuk terus menjelajah ke seluruh negeri.

 Jangan Tunggu Saat Akhir

PKSK 2025 semakin hampir. Jangan tunggu saat akhir untuk buat persediaan. Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

πŸ“² Daftar segera sebelum slot penuh:

Setiap anak mempunyai potensi besar. Apa yang mereka perlukan hanyalah bimbingan yang betul, persediaan yang terancang, dan motivasi yang membara.



FlyHigh percaya bahawa dengan usaha yang konsisten, anak-anak kita bukan sahaja mampu berjaya dalam PKSK, malah mampu mengharumkan nama keluarga, sekolah, dan negara.

✨ Jadi, ibu bapa di Terengganu… ini masa terbaik untuk melangkah. Jangan lepaskan peluang ini.

Dengan persediaan yang rapi, anak-anak akan lebih bersedia bukan sahaja untuk menduduki PKSK, malah juga untuk melakar kejayaan dalam pendidikan menengah yang lebih mencabar
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2