Seminar Jelajah PKSK Bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar dan Guru Ikon FlyHigh - Pada 31 Ogos 2025, Nad sangat bertuah dapat berjumpa dengan Angkaswan Negara, di Siri Jelajah PKSK yang dianjurkan oleh FlyHigh Education Centre di Shah Alam. Program ini berlangsung selama 2 hari dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta murid Tahun 5 dan Tahun 6.

Keistimewaan bengkel kali ini adalah kehadiran Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia, yang turut berkongsi pengalaman serta motivasi kepada para pelajar. Turut hadir ialah barisan Guru Ikon FlyHigh, iaitu tenaga pengajar berpengalaman dalam membimbing murid membuat persediaan menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2025.