Lepak Santai di Warung Wak Paad, Klang: Suasana Kampung yang Tenang & Makanan Sedap!- Hari minggu lepas memang lain daripada biasa. Nad keluar bersama kakak-kakak Nad. Bukan selalu tau kami dapat peluang macam ni. Masing-masing dengan rutin harian, sibuk urus kerja, anak-anak, rumah tangga dan macam-macam lagi. Jadi bila semua ada masa, memang terus sepakat nak keluar jalan-jalan dan luangkan masa bersama. Dah lama tak buat aktiviti adik-beradik macam ni, jadi rasa seronok lain macam.

Kebetulan masa tu cuti sekolah, jadi Nad pun balik rumah mak di Klang. Kakak Nad yang nombor tiga pula tengah cuti kerja. Dialah yang mula-mula ajak keluar, katanya jomlah jalan-jalan cari makan. Tak payah pergi jauh pun tak apa, asalkan dapat lepak sama-sama. Mula-mula tu plan asal nak ke Sekinchan sebab kononnya nak makan tepi sawah, tapi last-last tak jadi. Jadi, kami tukar plan, jalan-jalan dalam Klang je sudah! Kadang tempat dekat pun banyak yang kita belum explore, kan?

Pagi di Taman, Tengah Hari Cari Warung Viral


Pagi tu Nad dan kakak-kakak bawa anak-anak pergi taman permainan dulu. Nak bagi budak-budak happy main, sambil mak-mak borak santai. Suasana pagi tenang je, angin sepoi-sepoi. Lepas tu, bila perut dah mula berbunyi, terus mula bincang nak makan di mana. Sebelum keluar tu memnag nak rancang nak makan dekat Warung Wak Paad, dekat dengan rumah kakak no 3 ni. Warung pernah viral, suasana dia ala kampung.


Kalau korang aktif scroll TikTok atau Facebook, mesti pernah nampak orang review tempat ni. Ramai kata suasana dia macam balik kampung, tenang, dan lain daripada warung biasa. Jadi kitaorang pun nak rasa sendiri betul ke hype dia tu.


Suasana Kampung Betul-Betul Hidup di Warung Wak Paad



Bila sampai je di Warung Wak Paad, terus rasa macam balik kampung nenek! Serius, dari luar dah nampak rumah kayu tradisional dengan tangga dan tiang tinggi. Kawasan sekelilingnya dikelilingi pokok-pokok hijau, dan hiasan kayu yang klasik. Bahagian bawah rumah itulah dijadikan tempat makan, meja kayu, semua nampak sangat semula jadi dan nostalgic.


Kalau taknak makan bawah rumah, boleh makan dekat luar. Ada je kerusi meja disediakan. Yela, orang ramai datang, kalau bawah rumah je tak cukupla.

Bila duduk, angin kampung tu terasa betul-betul. Tak perlu aircond pun, angin semula jadi dah cukup menenangkan.Rasa macam balik ke zaman dulu, makan bawah rumah nenek sambil tengok sawah.

Dekorasi dia pun memang menarik. Setiap sudut ada barang lama, basikal tua, teko enamel, pinggan besi bercorak bunga, radio lama sebagai hiasan. Semua ni buatkan suasana tu hidup dan penuh kenangan. Kalau jenis suka ambil gambar macam Nad, memang syok! Banyak spot cantik untuk OOTD. 

Masa Untuk Menjamu Selera! 


Bila tengok menu, memang rambang mata. Dari sarapan pagi sampai makanan panas semua ada — lempeng, nasi lemak, mee bandung, mee kari, laksa Johor, roti bakar, dan macam-macam lagi. Kitaorang pun terus order macam-macam sebab semua nampak menarik. 

Antara yang sampai di meja kami hari tu:

Nasi Lemak Sotong



Kakak nad order yang ni sebab ramai kata ini antara menu signature di Warung Wak Paad. Nasi dia lembut dan berlemak, bau santan pun wangi. Sambal dia pula jenis pedas manis, bukan pedas membakar tapi cukup rasa. Sotong dia lembut, tak liat langsung, dan sambal tu meresap sampai ke dalam. Bila makan dengan telur rebus dan timun, memang puas hati. Simple tapi rasa dia padu!

Mee Bandung



Nad pula pilih Mee Bandung. Kuah dia pekat berlemak, rasa udang kering dia kuat dan manis-manis pedas. Dalamnya ada telur, udang dan sayur. Bila hirup kuah panas tu, terus rasa comfort food betul. Tak hairan ramai pelanggan lain pun order ni.

Lempeng Pisang



Kakak nad no 2 order sebab rindu makanan kampung. Bila sampai, terus senyum — lempeng dia tebal sikit tapi lembut dalam, luar dia ada garing sedikit. Bau pisang wangi betul. Bila cicah dengan sambal tumis, memang sedap! Kalau nak makan manis, cicah dengan gula pun boleh. Menu paling nostalgia haritu.

Nasi Lemak Telur Puyuh



Anak-anak Nad pula pilih yang ni. Telur puyuh kecil-kecil tu disusun atas nasi lemak, comel betul tengok. Nasi dia sama macam nasi lemak sotong — lembut dan berlemak. Sambal dia versi lebih ringan, sesuai untuk budak-budak. Memang licin pinggan anak-anak makan.

Cendol & ABC



Tak sah kalau tak cuba pencuci mulut kat sini. Cuaca tengah panas, jadi kami order cendol dan ABC. Cendol dia klasik — santan segar, gula melaka cair pekat, dan ais kisar halus. Tak terlalu manis, just nice. ABC pula meriah betul topping dia — ada jagung, kacang merah, cincau, nata de coco dan sirap manis. Setiap suapan rasa sejuk dan menyegarkan!

Jelly Cocktail



Yang ni pula antara minuman yang anak-anak paling suka. Gabungan buah-buahan dengan jelly dalam susu sejuk, rasa dia creamy dan fruity. Warna pun cantik, memang sesuai minum waktu tengah hari panas.

Harga Berpatutan, Suasana Selesa



Dari segi harga, Nad rasa sangat berbaloi dengan portion dan rasa makanan. Nasi lemak sotong sekitar RM10 lebih, cendol RM4, ABC pun lebih kurang sama. Menu lain pun semua harga warung, bukan hipster mahal-mahal. Paling best, portion dia besar dan puas hati.

Servis di Warung Wak Paad pun bagus. Staf semua mesra, senyum je layan pelanggan walaupun ramai orang. Kami datang waktu tengah hari pun makanan sampai cepat. Kadang-kadang bila tempat viral ni orang risau servis lambat, tapi kat sini okay sangat.

Waktu Operasi & Lokasi


📍 Alamat:
Warung Wak Paad,
Jalan Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor.
(Guna Waze atau Google Maps, terus je taip “Warung Wak Paad” – senang jumpa!)

Waktu Operasi:
Selasa– Ahad: Isnin tutup
11.30 pagi hingga 5.30 petang

Hari Jumaat Rehat : 1.30 tengahari - 2.30 petng

(Selalu penuh masa sarapan dan tengah hari, jadi kalau nak elak ramai, datang awal pagi atau lewat petang.)

Secara keseluruhannya, pengalaman makan di Warung Wak Paad memang berbaloi. Suasana dia tenang, makanan sedap, harga pun berpatutan. Paling penting, tempat ni sesuai untuk family outing — anak-anak boleh enjoy, mak ayah pun dapat ‘healing’ sambil makan sedap.

Lepas ni kalau balik Klang, confirm Nad akan repeat lagi! Banyak lagi menu belum sempat cuba — katanya Lontong Jawa dan Mee Rebus Johor pun antara yang wajib try. So next trip, mesti repeat makan sini lagi.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2