Lepak Santai di Warung Wak Paad, Klang: Suasana Kampung yang Tenang & Makanan Sedap!- Hari minggu lepas memang lain daripada biasa. Nad keluar bersama kakak-kakak Nad. Bukan selalu tau kami dapat peluang macam ni. Masing-masing dengan rutin harian, sibuk urus kerja, anak-anak, rumah tangga dan macam-macam lagi. Jadi bila semua ada masa, memang terus sepakat nak keluar jalan-jalan dan luangkan masa bersama. Dah lama tak buat aktiviti adik-beradik macam ni, jadi rasa seronok lain macam.
Kebetulan masa tu cuti sekolah, jadi Nad pun balik rumah mak di Klang. Kakak Nad yang nombor tiga pula tengah cuti kerja. Dialah yang mula-mula ajak keluar, katanya jomlah jalan-jalan cari makan. Tak payah pergi jauh pun tak apa, asalkan dapat lepak sama-sama. Mula-mula tu plan asal nak ke Sekinchan sebab kononnya nak makan tepi sawah, tapi last-last tak jadi. Jadi, kami tukar plan, jalan-jalan dalam Klang je sudah! Kadang tempat dekat pun banyak yang kita belum explore, kan?