Prosperity Blossom Di AEON Mall Sempena Tahun Baru Cina 2026 - Tahun ni pula, AEON MALL tampil dengan kempen “Prosperity Blossom” sempena Tahun Baru Cina 2026, dan serius, konsep di mana momen bersama keluarga dan kebersamaan.

Nama Prosperity Blossom tu sendiri membawa maksud kemakmuran yang berkembang bila keluarga, komuniti dan kebersamaan berkumpul di bawah satu bumbung. Dan itulah sebenarnya apa yang AEON MALL tawarkan, one-stop lifestyle mall yang lengkap, mesra keluarga, dan penuh dengan kegembiraan setiap kali musim perayaan.

Prosperity Blossom Di AEON Mall Sempena Tahun Baru Cina 2026



Masuk je mall, memang boleh rasa aura Tahun Baru Cina tu. Dekorasi yang meriah, warna merah yang menyala, muzik perayaan, dan orang ramai yang datang bersama keluarga. Untuk saya, inilah momen yang paling best, bila semua generasi berkumpul, dari atuk nenek sampai anak-anak kecil.




Tahun ni, kempen Prosperity Blossom dibuat lebih istimewa dengan kolaborasi premium dan ganjaran eksklusif yang memang buat orang rasa lagi seronok nak berbelanja.

Hadiah Premium Prosperity Bersama Jin Yeye



Salah satu highlight yang paling menarik perhatian saya ialah kolaborasi eksklusif AEON MALL bersama Jin Yeye. Untuk musim perayaan ni, pelanggan boleh menebus Premium Prosperity Gift yang menampilkan Abalone & Bird’s Nest , dua simbol yang sangat sinonim dengan kekayaan, kesihatan dan keberkatan dalam budaya Cina.

Syarat penebusan pun agak berbaloi:
- Belanja RM800 untuk ahli UOB / AEON Card

- Belanja RM1,000 untuk bukan ahli
(dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama)

Pada saya, hadiah ni memang sesuai dijadikan buah tangan untuk ibu bapa atau mertua. Nampak premium, bermakna, dan sangat kena dengan semangat Tahun Baru Cina.

Kolaborasi Filem CNY “Ah Beng & Liang Popo”


Kalau sebut pasal CNY, memang tak lengkap tanpa filem Tahun Baru Cina. Tahun ni AEON MALL bekerjasama dengan Film Engine sempena tayangan filem “Ah Beng & Liang Popo”, dan kolaborasi ni memang lain daripada yang lain.

Bukan sekadar tayangan filem, tapi pengalaman sinematik tu dibawa terus ke dalam mall. Pelanggan boleh menebus hadiah eksklusif bertemakan filem:

1) Limited Edition Movie Neck Pillow

- Belanja RM600 (UOB / AEON Card)

- Belanja RM800 (Non-member)

2) Limited Edition Movie Ticket

- Belanja RM400 (UOB / AEON Card)

- Belanja RM600 (Non-member)
(dengan 3 resit gabungan hari yang sama)

Kalau jenis suka kumpul barang edisi terhad, yang ni memang rugi kalau lepaskan.

Sampul Duit Raya Prosperity Blossom





Yang ni kecil tapi bermakna. AEON MALL turut menawarkan Prosperity Blossom Money Packet yang cantik dan eksklusif.

Penebusan:
-RM150 (UOB / AEON Card)
- RM250 (Non-member)
(dengan 3 resit gabungan)

Simple je, tapi benda-benda macam ni lah yang buat persiapan perayaan rasa lebih lengkap.

Aktiviti Tahun Baru Cina di 27 AEON Malls



Apa yang saya suka tentang AEON MALL ialah dia bukan sekadar fokus pada shopping. Sepanjang kempen Prosperity Blossom ni, ada pelbagai aktiviti menarik di kesemua 27 AEON Malls di seluruh Malaysia.

Antara aktiviti yang memang meriah:
- Prosperity Blossom Fan Dance
- Pertandingan Kaligrafi Kanak-Kanak
- Festive Orange Parade
- Persembahan Tarian Singa Tradisional
- Kids’ DIY Craft Workshops

Untuk ibu bapa, ini memang peluang terbaik nak bawa anak-anak kenal budaya, sambil luangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Tak cukup dengan tu, akan ada juga Chinese New Year Movie Meet & Greet Roadtour dengan kehadiran pelakon filem CNY kegemaran ramai. Memang meriah dan penuh kejutan.


Untuk maklumat lanjut, boleh follow:

Atau terus je singgah Customer Service Counter di mana-mana AEON MALL terdekat.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2