Hisamitsu Meraikan Hari Salonpas® dengan Usahasama Strategik dan Inovasi Komuniti untuk Memacu Pertumbuhan Masa Depan - Kalau sebut tentang aktiviti sukan, gaya hidup aktif dan juga penjagaan kesihatan otot, memang tak boleh lari daripada satu benda kecil tapi “power” – koyok melegakan sakit. Baru-baru ini Nad berpeluang join event Happy Salonpas Day diPickle & Patch di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang .
Event ini dianjurkan sempena sambutan global Salonpas® Day, yang diraikan setiap 18 Mei. Dan kali ini, ia jadi lebih istimewa sebab ada aktiviti pickleball, komuniti sukan, bersama jenama yang sudah lama dipercayai ramai.
Happy Salonpas® Day
Salonpas® Day disambut setiap 18 Mei sebagai simbol kepada misi untuk membantu orang ramai “bergerak dengan lebih selesa”. Menariknya, tarikh ini membawa makna besar di Jepun.
Di Jepun, nombor “5” dikaitkan dengan kori (kekejangan), manakala “18” pula membawa maksud iyasu (melegakan). Bila digabungkan, ia membawa maksud “Kori wo Iyasu” iaitu melegakan kekejangan.
Sambutan ini juga sangat bermakna kerana ia meraikan perjalanan panjang Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc., syarikat dari Jepun yang sudah beroperasi sejak tahun 1847 dan kini berada di lebih 50 negara. Mereka bukan sahaja terkenal dengan produk kesihatan, tetapi juga inovasi dalam teknologi koyok transdermal yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Salonpas®: Jenama No.1 Dunia
Salonpas telah diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai jenama koyok melegakan kesakitan No.1 dunia, dan ini adalah pencapaian kali ke-10 sejak 2016.
Bukan itu sahaja, Hisamitsu juga terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam industri farmaseutikal global. Pencapaian ini menunjukkan betapa konsistennya jenama ini dalam membangunkan produk yang benar-benar membantu pengguna dalam kehidupan harian—terutama untuk mereka yang aktif bersukan, bekerja lama, atau selalu mengalami lenguh badan.
Event haritu konsep dia sangat menarik sebab gabungkan dua benda:
- Pickleball tournament (sukan yang tengah trending sekarang)
- Experience booth Salonpas® (recovery & pain relief)
First Time Main Pickleball – Memang Best!
Pertama kali Nad cuba pickleball dalam tournament. Awal-awal tu agak nervous juga sebab tak biasa dengan rules dia. Tapi bila dah start main, rupanya sangat simple dan enjoy. Honestly, memang fun gila sebab suasana dia friendly, tak terlalu kompetitif tapi still ada semangat tournament.
Pickleball ni memang sesuai untuk semua peringkat umur. Tak terlalu laju macam tenis, tapi masih aktif dan buat kita berpeluh. Yang paling best, sepanjang game tu memang rasa badan bekerja habis—lengan, kaki, semua guna!
Lepas beberapa match, memang boleh rasa otot mula lenguh sikit.
Recovery Moment dengan Salonpas®
Lepas penat bermain, Nad spray denga jetspray Salonpas®. Best sebab rasa sejuk menyegarkan dan bantu legakan otot yang lenguh. Kalau dekat bahu, kaki atau belakang badan rasa sakit, boleh tampal je patch Salonpas® dekat tempat yang lenguh tu. Memang praktikal!
Lepas tu sambung layan perlawanan sampai habis. Tahniah kepada semua pemenang tournament harini
Sempena ulangtahun ke-92 Salonpas® sejak dilancarkan pada tahun 1934, Hisamitsu komited untuk berkembang selari dengan keperluan pengguna menerusi teknologi, e-dagang dan media digital bagi menyokong aspirasi Hisamitsu untuk mencapai pertumbuhan dua digit dalam tahun 2026.
Sebagai sebahagian daripada hala tuju strategik ini, Hisamitsu Malaysia turut mengumumkan usahasama pertamanya bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara Salonpas® Day Pickle & Patch. Kerjasama ini merupakan permulaan bagi inisiatif lebih luas untuk bekerjasama dengan rakan industri sukan dan kesejahteraan di seluruh Malaysia, sekali gus mendekatkan Salonpas® dengan komuniti gaya hidup aktif serta mengukuhkan peranannya sebagai teman pemulihan yang boleh dipercayai.






Add your comment