RIZZ QUESILLO : Patut Ramai Beratur dekat Bukit Bintang, Sedap Rupanya : Selalu tengok je dekat threads, Tiktok, Rizz Quesillo ni, memang ramai yang beratur nak dapatkan quesillo dia. Tengok dia tuang quesillo tu dari bekas ke bekas lain, fuh mengiurkan, dengan tak pecahnya, elok je kejadiannya. Sampai orang putih rasa pun kata paling sedap. Quesillo ni macam caramel pudding la. Pernah je nad beli dekat pasar malam, nak rasa, tapi bila tengok ramai beratur nak beli Rizz Quesillo tu, semestinya kita nak juga rasa..hehee.

Rizz Quesillo memang antara dessert yang sangat viral di Bukit Bintang sekarang. Ramai datang semata-mata nak cuba quesillo mereka, termasuk pelancong luar negara. Nak cuba, tapi tu la nak pergi Bukit Bintang tu entah bila. Nama je duk dekat Kuala Lumpur, tapi bila ajak suami kita banyak alasannya. 

RIZZ QUESILLO : Patut Ramai Beratur dekat Bukit Bintnag, Sedap Rupanya 


Selalunya nad akan tengok je video yang lalu, tak tekan profile dia. Tapi haritu terdetik nak tekan, rupanya boleh order, dan dia hantar sampai rumah. Tapi tu la kena beli yang besar, kalau nak kecik tu kenala pergi Bukit Bintang. 

Nak dijadikan cerita, hari raya selalunya keluarga nad, mak ayah dan adik beradik lain akan datang ke rumah nad nak beraya. Masa tu la nad buat makan makan untuk family. Masa tu terfikir orderla Quesillo ni dengan Rizz Quesillo. Beli besar semua orang boleh rasa termasuk nad ni yang dah lama nak rasa..hehehe.

Cara Order Rizz Quesillo


Terus tekan link yang ada dan whatsup la dekat nombor tu. Kalau nak order perlu isi form yang disiediakan. Tekan je order form dekat link tu dan isi la details korang.

Pesanan memang untuk 1 dulang penuh yang saiz besar. Boleh self pickup atau diaorang akan hantar menggunakan lalamove. 

Lepas dah isi semua nanti diaorang whatsup bgtaula pasal order tu, betul ke tak, hah nak confirmkan dengan kita.

Lepastu nanti pada tarikh penghantaran diaorang akan whatsup bagitau dah arrange lalamove dan harga penghantaran.



Bila dah sampai, tak sabar rasanya nak makan, tapi kene tunggu family datang..hehee. Simpan dalam peti sejuk dulu baru sedap nak makan nanti.

Cara penyimpanan Quesillo ni: 

- Simpan dalam peti sejuk (0–4°C) dan habiskan dalam masa 3-5 hari untuk tekstur dan rasa terbaik.
- Elakkan dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama — Quesillo memang suka sejuk. ❄️
- Simpan dalam bekas bertutup supaya karamel kekal lembut dan kastard kekal berkrim.
- Jangan dibekukan.

Cara Terbaik Menikmati 

- Nikmati sejuk terus dari peti sejuk — lembut, berkrim dan menyegarkan.
- Sajikan dengan kopi, teh, atau susu untuk keseimbangan rasa yang sempurna/nikmat.



Bila family nad semua dah sampai, terus buka quesillo ni. pergh tengokla, karamel banyak, bau pun sedap. Bila makan satu suapan, masayallah sedapnya. Teksturnya lebih padat dan creamy berbanding puding karamel biasa. Karamelnya ada sedikit rasa pahit-manis, jadi tak terlalu muak. Memang puas hati la makan, tak menyesal order. 


Korang pun kene cuba Rizz Quesillo ni tau. 


Kalau nak pergi:

Lokasi: Rizz Quesillo, Changkat Bukit Bintang, berhampiran MRT Bukit Bintang Exit A (arah Jalan Alor).

Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12.00 malam (atau sehingga habis). Tutup pada hari Isnin.


Kalau nak beli yang besar boleh order je, nanti sampai dekat rumah. Betul-betul sedap ye.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2