Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu- Apabila seseorang lelaki bernikah sahaja dengan pasangannya, secara tidak langsung akan terus mendapat ibu bapa mertua, begitu juga bagi wanita. Taraf dan penghormatan terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa sendiri. Ada tanggungjawab yang kita sebagai menantu perlu laksanakan kepada mereka.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua.