Karnival Kongsi Rezeki : Semua Barang Diberi Percuma Secara Ikhlas, Program Usaha Murni Yang Perlu Dikekalkan - Kisahnya bila anak terpilih masuk pertandingan mewarna mewakili sekolah Tabika Pandan Jaya Utara. Cikgu yang pilih Farhanah dan beberapa kawan dia yang lain sertai pertandingan mewarna ni di Karnival Kongsi Rezeki.Tak terfikir pulak karnival ni macam mana, sebab kita fikir anak masuk pertandingan je..hehee. Sampai je lokasi, baru kita faham yang Karnival Kongsi Rezeki ni, bagi barang secara percuma, seikhlas hati. Kira macam barang preloved yang masih elok, bolehla bagi sesiapa sahaja.

Karnival Kongsi Rezeki ni anjuran Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin diadakan di Dewan MPAJ, Taman Cempaka Ampang. Program ini telah dirasmikan oleh  YB Ir. Izham Bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Adun N21 Pandan Indah.