Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur - Korang yang suka makan makanan India, makan nasi daun pisang, ada satu tempat best nad jumpa korang boleh enjoy makan. Restoran Oh Yeah Banana Leaf di Brickfields Kuala Lumpur. Nampak restoran macam biasa je, tapi dekat sini lain daripada yang lain tau, bukan setakat ada menu nasi daun pisang je tapi ada macam-macam jenis menu.

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur ni baru sahaja dibuka dan ini merupakan outlet mereka yang ke-3. Cawangan pertama di Bukit Bintang dan kedua di Batu Caves. Outlet baru ni terletak di tempat yang sangat strategik dan berdekatan dengan KL Sentral.