Buta Tanpa Sedar Pada Kanak-Kanak: Risiko Rabun & Masalah Mata Yang Tidak Dirawat -Sebagai seorang ibu, nad selalu percaya satu perkara, mata adalah organ deria penglihatan yang utama untuk anak-anak untuk melihat dan meneroka dunia. Dari kecil mereka kenal warna, bentuk, huruf dan wajah orang tersayang melalui mata. Tapi jujurnya, ramai antara kita tak sedar bahawa ada risiko besar yang boleh berlaku tanpa kita nampak tanda jelas iaitu buta tanpa sedar.

Bila nad mula membaca tentang isu ini, nad betul-betul terkejut. Rupanya rabun, juling, mata malas atau masalah retina yang tidak dirawat boleh membawa kepada kehilangan penglihatan secara progresif dan ia menjejaskan prestasi akademik serta memberi kesan jangka panjang kepada masa depan dan kualiti hidup anak-anak. Hari ini nad nak kongsikan supaya kita semua lebih peka tentang risiko rabun dan masalah mata pada kanak-kanak.