Buta Tanpa Sedar Pada Kanak-Kanak: Risiko Rabun & Masalah Mata Yang Tidak Dirawat -Sebagai seorang ibu, nad selalu percaya satu perkara, mata adalah organ deria penglihatan yang utama untuk anak-anak untuk melihat dan meneroka dunia. Dari kecil mereka kenal warna, bentuk, huruf dan wajah orang tersayang melalui mata. Tapi jujurnya, ramai antara kita tak sedar bahawa ada risiko besar yang boleh berlaku tanpa kita nampak tanda jelas iaitu buta tanpa sedar.
Bila nad mula membaca tentang isu ini, nad betul-betul terkejut. Rupanya rabun, juling, mata malas atau masalah retina yang tidak dirawat boleh membawa kepada kehilangan penglihatan secara progresif dan ia menjejaskan prestasi akademik serta memberi kesan jangka panjang kepada masa depan dan kualiti hidup anak-anak. Hari ini nad nak kongsikan supaya kita semua lebih peka tentang risiko rabun dan masalah mata pada kanak-kanak.
Buta Tanpa Sedar Pada Kanak-Kanak: Risiko Rabun & Masalah Mata Yang Tidak Dirawat
Sebagai seorang ibu, saya memang sangat ambil berat tentang mata dan penglihatan anak-anak. Penjagaan mata perlu bermula dari awal.
Apa Itu “Buta Tanpa Sedar”?
Buta tanpa sedar berlaku apabila mata atau otak mula mengabaikan imej daripada salah satu mata. Keadaan ini biasanya berpunca daripada:
- Rabun jauh atau rabun dekat yang tidak dikesan
- Juling (strabismus)
- Mata malas (amblyopia)
- Masalah retina seperti retina terkoyak
Apa yang berlaku sebenarnya ialah otak akan “memilih” mata yang lebih kuat untuk digunakan. Mata yang lemah pula semakin kurang digunakan. Lama-kelamaan, fungsi penglihatan pada mata tersebut boleh merosot secara kekal. Buat nad risau, anak mungkin tak sedar pun dia rabun. Sama jemacam kita orang dewasa, kadang tak tau pun kita ada rabun, dah pergi cek baru tau. Sebab tu sebagai ibu, selalu tengok keadaan anak tu. Jika dibiarkan, ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kekal pada mata terjejas
Bagaimana Masalah Mata Menjejaskan Prestasi Akademik
Kalau kita fikir secara logik, hampir 80% pembelajaran berlaku melalui visual. Jadi bila penglihatan terganggu, kesannya memang besar.
Antara impak yang biasa berlaku:
- Sukar membaca papan hitam atau buku → prestasi akademik merosot
- Fokus terganggu → cepat letih dan hilang perhatian
- Keletihan visual & sakit kepala → masa belajar tak efektif
- Keyakinan diri terjejas → terutamanya jika ada juling
Statistik menunjukkan kanak-kanak dengan rabun atau mata malas yang tidak dirawat boleh mengalami penurunan pencapaian akademik sehingga 20–30% . Sebagai ibu, angka ini memang buat saya tersentak.
Masalah Mata Yang Kerap Menyumbang Kepada Buta Tanpa Sedar
1) Rabun Jauh / Rabun Dekat
Rabun yang tidak dikesan menyebabkan mata perlu bekerja lebih keras untuk fokus. Mata cepat letih dan imej menjadi kabur.
Jika tidak dibetulkan dengan cermin mata yang sesuai, otak boleh mula mengabaikan imej dari mata yang lebih lemah. Di sinilah risiko mata malas bermula.
2) Juling (Strabismus)
Juling berlaku apabila kedua-dua mata tidak selaras. Ia boleh menyebabkan penglihatan 3D terganggu.
Jika tidak dirawat awal, otak akan “mematikan” input dari mata yang juling untuk mengelakkan imej berganda. Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan mata malas atau buta tanpa sedar.
3) Mata Malas (Amblyopia)
Ini antara punca utama buta tanpa sedar pada kanak-kanak.
Dalam keadaan ini, satu mata menjadi dominan manakala mata yang lain kurang digunakan. Tanpa rawatan awal, penglihatan pada mata tersebut boleh kekal lemah walaupun struktur mata sebenarnya normal.
4) Masalah Retina & Nystagmus
Retina terkoyak atau gangguan pergerakan mata seperti nystagmus boleh mengurangkan kualiti imej yang diterima otak. Jika tidak dikesan, risiko kehilangan penglihatan kekal meningkat.
Tanda Awal Yang Ibu Bapa Boleh Pantau
Sebagai ibu bapa, kita memang perlu lebih peka. Antara tanda yang boleh diperhatikan:
- Anak mengelak membaca atau menulis
- Sering menggosok mata
- Mengadu sakit kepala
- Mata kelihatan juling ketika fokus
- Sukar mengekalkan perhatian
Kalau ada tanda-tanda ini, jangan tunggu lama. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan penglihatan anak.
Rawatan Mata Juling Kanak-Kanak & Peranan Pakar
Rawatan mata juling kanak-kanak perlu diberi perhatian serius kerana keadaan ini boleh membawa kepada risiko mata malas (amblyopia) dan seterusnya menyumbang kepada masalah buta tanpa sedar jika tidak dirawat awal. Pemeriksaan bersama optometris bertauliah disarankan seawal usia 3 hingga 5 tahun, kerana pada peringkat ini sistem penglihatan anak masih dalam fasa perkembangan aktif dan lebih mudah dirawat.
Rawatan Awal Adalah Kunci
Pengesanan awal melalui pemeriksaan mata menyeluruh membolehkan pakar mengenal pasti tahap juling dan kesan terhadap fungsi visual anak.
Antara rawatan mata juling kanak-kanak yang lazim disarankan termasuk:
- Cermin mata korektif untuk membetulkan rabun yang menjadi punca juling
- Latihan mata (vision therapy) bagi menguatkan koordinasi kedua-dua mata
- Rawatan tampalan mata untuk kes mata malas (amblyopia)
- Pembedahan juling bagi kes yang lebih serius dan tidak respons kepada rawatan konservatif
- Pemantauan berkala untuk memastikan perkembangan penglihatan kekal optimum
Rawatan yang konsisten dan mengikut nasihat pakar dapat membantu memulihkan penjajaran mata serta mengelakkan komplikasi jangka panjang.
Pakar Rawatan Juling Kanak-Kanak
Rawatan juling biasanya melibatkan kerjasama antara:
- Optometris, yang menjalankan saringan awal dan rawatan bukan pembedahan
- Pakar oftalmologi kanak-kanak (paediatric ophthalmologist), yang mengendalikan kes lebih kompleks termasuk pembedahan
Pakar akan menentukan strategi rawatan berdasarkan usia anak, tahap juling, kehadiran mata malas serta keadaan kesihatan mata secara keseluruhan. Matlamat utama rawatan adalah memastikan penglihatan anak berkembang secara normal dan menyokong proses pembelajaran di sekolah.
Rawatan awal juling bukan sahaja membantu membetulkan penjajaran mata, malah dapat mencegah buta tanpa sedar dan meningkatkan keyakinan serta keselesaan anak ketika belajar dan bersosial.
Dengan tindakan pantas dan pemeriksaan berkala, masalah mata juling kanak-kanak boleh dirawat dengan lebih berkesan, sekali gus melindungi masa depan visual mereka.
Pencegahan Di Rumah & Sekolah
1) Di Rumah
- Hadkan masa skrin 1–2 jam sehari
- Pastikan pencahayaan mencukupi
- Jarak membaca sekurang-kurangnya 30–40 cm
- Galakkan aktiviti luar untuk perkembangan mata
- Amalkan pemakanan sihat: sayur hijau, ikan berlemak, telur dan buah-buahan
2) Di Sekolah
- Pemeriksaan mata berkala
- Susun tempat duduk sesuai dengan tahap penglihatan
- Galakkan rehat visual setiap 30–40 minit
Kesedaran ini bukan hanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi juga guru dan komuniti pendidikan.
Kalau parents mencari tempat sesuai untuk pemeriksaan mata anak, Nad cadangkan kornag boleh pergi ke Optom Eyecare di Bangi. Di Optom Eyecare, optometris akan terangkan dengan bahasa yang mudah difahami oleh ibu bapa. Mereka juga akan cadangkan pelan rawatan yang sesuai
Optom Eyecare
Optom Eyecare ialah pusat pemeriksaan dan penjagaan mata profesional yang terletak di No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Berbeza dengan kedai cermin mata biasa, Optom Eyecare berfungsi sebagai klinik optometri klinikal di mana optometris berdaftar menjalankan pemeriksaan mata menyeluruh, mengesan isu penglihatan dan membantu menangani masalah seperti rabun, juling, mata malas dan keletihan visual, semua masalah yang boleh menyumbang kepada buta tanpa sedar jika dibiarkan.
Peranan & Rawatan Yang Ditawarkan
Optom Eyecare bukan sekadar tempat untuk buat cermin mata, mereka menjaga keseluruhan aspek kesihatan penglihatan melalui beberapa perkhidmatan penting:
Pemeriksaan Mata Menyeluruh (Comprehensive Eye Exam)
- Pemeriksaan ini adalah asas kepada semua rawatan. Di sini, optometris akan mengukur ketajaman penglihatan, periksa rabun jauh/dekat/astigmatisme, dan menilai kesihatan mata secara umum.
Ini sangat penting bagi kanak-kanak yang mungkin tidak sedar mereka rabun atau ada masalah mata — sebab itulah periksa mata awal boleh mencegah komplikasi seperti mata malas atau penglihatan terganggu.
Paediatric Optometry, Rawatan Khusus untuk Kanak-Kanak
Optom Eyecare juga menyediakan rawatan yang direka khas untuk kanak-kanak, termasuk:
- Saringan dan rawatan mata malas (amblyopia)
- Penilaian dan rawatan juling (strabismus)
- Pengurusan rabun jauh atau dekat sejak awal
- Kawalan perkembangan rabun (myopia control)
Pendekatan ini penting supaya masalah mata yang sering tidak dilihat oleh ibu bapa dapat dikesan awal dan dirawat sebelum menjadi lebih serius.
Ophthalmic Dispensing & Penyelesaian Visual
Sekiranya pemeriksaan menunjukkan perlunya pembetulan, Optom Eyecare akan membantu memilih cermin mata yang sesuai atau kemampuan lain seperti kanta lekap. Semuanya berdasarkan preskripsi dan keperluan individu.
Parents jangan risau, Optom Eyecare merupakan Optometris berdaftar dan berpengalaman. Peralatan pemeriksaan moden untuk diagnosis tepat. Pendekatan peribadi supaya setiap pesakit (terutama kanak-kanak) rasa selesa semasa pemeriksaan dan rawatan.
Parents boleh ke Optom Eyecare
Lokasi: No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 11-1147 9093
Servis: Pemeriksaan mata menyeluruh, paediatric optometry, pembetulan optikal, terapi visual, saringan penyakit mata awal dan nasihat pakar
Giveaway Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak Bersama Optom
Sebagai sebahagian daripada usaha kesedaran tentang buta tanpa sedar pada kanak-kanak, Optom Eyecare menganjurkan Giveaway
Cara Penyertaan
1. Sediakan content ringkas mengenai Giveaway kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan seperti juling.
2. Kanak-kanak yang terpilih selepas tamat tempoh Giveway akan dihadiahkan cermin mata khas.
3. Manakala peserta giveaway pula bakal mendapat sepasang Kanta Premium untuk sebuah Cermin Mata Preskripsi.
4. Jangan lupa tag link kepada 5 orang rakan di saluran sosial media ( Facebook, Instagram dan TikTok) bagi melengkapkan syarat penyertaan.
5.T&C apply.
Hadiah Giveaway
1. Sepasang Kanta Premium, sebuah Cermin Mata Preskripsi bernilai satu ribu ringgit untuk seorang peserta dan
2. Sepasang Kanta Khas, sebuah Cermin Mata untuk seorang kanak-kanak terpilih yang anda sponsor menerusi giveaway kali ini.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai giveaway, boleh LIHAT DI SINI (Klik di sini ).
Saya harap dengan inisiatif kecil ini, lebih ramai ibu bapa akan ambil langkah awal untuk pemeriksaan mata anak-anak.






Add your comment