Showing posts with label TV1
hai assalammualaikum

Nadia Johari Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia - Untuk kali kedua masuk siaran dalam televisyen. Syukur alhamdulillah. Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan semua. Ni semua rezeki daripada anak. Kali ni nad masuk dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.


Ada nad bagitau sebelum ni, nad ada shooting untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia sebelum ni kan. Hah, siaran dah keluarpost hari Sabtu lepas pada 22.4.2017 jam 8 pagi. Waktu tu nad ada photoshoot pulak, jadi mintak family tolong rekodkan. Terima kasih dekat anak buah yang tolong rekodkan..hehehe..


Korang boleh tengok full video dekat atas tu..hehehe..


Kali ni nad tak ditemuramah, nad jadi model sahaja memperagakan baju Feedmilk. Baju Feedmilk ni baju ibu yang menyusukan anak. Baju Feedmilk #selamberselak memudahkan ibu untuk menyusukan anak, mereka tak kira di mana sahaja.


Macam nad, masih nyusukan Fariza, masalah utama semestinya baju. Kalau sebelum ni pakai baju tshirt, mudahla selak-selak, tapi nampak aurat badan kan. Lepas tu pakai baju nursing jenis zip dan button. Memang susah sebab kadang dia stuck, terkena dekat pipi anak..Lepas tu ada kawan perkenalkan baju Feedmilk ni. Sejak tu nad suka dengan baju Feedmilk ni. Sebab dia selak je, takde zip takde button. Korang boleh baca SINI. Nad pernah buat, entry berkenaan baju Feedmilk ni.

Baju Feedmik ni memang cantik. Untuk mereka yang tak menyusukan anak, pun boleh pakai.. Designnya dari yang lain. Masa nad memperagakan baju ni, nad pun dah jatuh hati..haishh..hehehe..tengah simpan duit nak beli baju Feedmilk ni.

Ada seorang ibu dah ada 40 helai baju Feedmilk. Fuh, hebat betul..siap dia bawak datang butik..hehehe..


Terima kasih staff Feedmilk zakiyyah, sebab percaya dekat nad dan beri peluang untuk memperagakan baju Feedmilk.Terima kasih wartawan dan jurukamera Selamat Pagi Malaysia TV1..
hai assalammualaikum

Shooting Selamat Pagi Malaysia TV1 - Sehari sebelum shooting nad dapat whatsup dari seorang staff ni, cakap sudi . Mau tak terkejut, sebabnya nak shooting esok hari...hahaha..tu pun buka whatsup dalam pukul 2 petang. Swbab telefon satu lagi tengah cas. Balas whastup dia, cakap setuju, nasib baik dia cakap ok..hahhaha..

Masa tu nad tanya la apa kene buat. Kene temuramah ke apa??..live ke??..Dia cakap tak, rakaman je..fuh nasib dah ade pengalaman rakaman ..hehe..Dia cakap nad akan jadi model gayakan baju Feedmilk. Kena tukar-tukar baju..okla macam tu..

Mak-mak dengan suami pun ada

Esoknya pergi dekat tempatnya dekat Shah Alam Alam Avenue 2. Lokasi shooting di Feedmilk. Rupanya bukan nad seorang je, ramai lagi ibu-ibu yang ada untuk shooting ni. Shooting ni berkenaan baju Feedmilk. Takdelah nad gugup sangat bila ramai-ramai ni kan...hahhaa..

Temuramah seorang ibu tentang pakaian feedmilk

Model kami berdua..hahaa..

Nad ingat nad kena temuramah, tapi tak..hah!! Lagi bernasib baik..hahaha..ibu lain yang kena temuramah. Nad jadi model je..kihkihkih..Boleh tahan juga, kena tukar baju tu, baju ni..Baju Feedmilk memang cantik dan selesa. Nad dah terpegun tengok. Baju Feedmilk ni baju untuk ibu menyusukan anak..hehee..

Pengasas Feedmilk

Ni la dia pengasas Feedmilk, Puan Anis Syuhada. Manis je orangnya..lembut, cantik pulak tu.

Alahai anak kita..kacau je

Tengok-tengok juga baju..pandai naa

Adoii suka buat perangai..hahaa

Fariza, suka benar ada ramai kawan, tapi tetap nak interframe jugak...mana-mana ada dia..hahaha..

Ni la ibu-ibu yang menjayakan shooting..hehe..semua breasfeeding..

Rezeki untuk tahun ni dapat masuk TV1 pulak..Korang jangan lupa tengok ye. Rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1 jam 8 pagi...hehehe...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2