Jumpa Ultraman Blazar Di Ultra Heroes Tour South East Asia Di Paradigm Mall Petaling Jaya - Hah, semalam nad dah pergi jumpa dengan Ultraman Blazar di Ultra Heroes Tour South East Asia di Paradigm Mall. Macam-macam Ultraman ada sekarang, makin lama makin cantik pulak warna dan bentuk Ultraman ni. Teruja sangat datang event ni sebab banyak aktiviti dan promosi yang ada.

Sekali lagi Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara Ultra Heroes Tour South East Asia yang berlangsung dari 30 November sehingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Tahun lalu acara ni memang sangat meriah, dan kali ni lagi bertambah meriah dan seronok.