Jumpa Ultraman Blazar Di Ultra Heroes Tour South East Asia Di Paradigm Mall Petaling Jaya - Hah, semalam nad dah pergi jumpa dengan Ultraman Blazar di Ultra Heroes Tour South East Asia di Paradigm Mall. Macam-macam Ultraman ada sekarang, makin lama makin cantik pulak warna dan bentuk Ultraman ni. Teruja sangat datang event ni sebab banyak aktiviti dan promosi yang ada.

Sekali lagi Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara Ultra Heroes Tour South East Asia yang berlangsung dari 30 November sehingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Tahun lalu acara ni memang sangat meriah, dan kali ni lagi bertambah meriah dan seronok.

Jumpa Ultraman Blazar Di Ultra Heroes Tour South East Asia Di Paradigm Mall Petaling Jaya


Peminat dan pengumpul koleksi di sini cukup bertuah kerana Malaysia sekali lagi terpilih sebagai negara pertama di luar Jepun untuk bertemu Ultra hero terbaharu iaitu Ultraman Blazar. 

Lokasi, Tarikh dan Waktu Acara


Kalau korang nak pergi, ni details nad bagi, untuk tempat, tarikh dan waktu acara.
Lokasi : Level CC, Concourse Square, Paradigm Mall, Petaling Jaya
Tarikh : 30 Nov - 10 Dis 2023
Waktu : 10 pagi- 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.

Sampai je dekat sana, dah terpampang Ultraman Blazar bersaiz manusia yang diukir berdasarkan 'S.H Figuarts'. Semestinga kena bergambar dengan patung Ultraman Bazar ni sebagai kenangan. Suka dengan corak dan bentuk ultraman ni, warna biru, hitam, merah. Nampak gagah ye.

Ultra Heroes Tour South East Asia ni dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd, di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nastions. Ramai yang membersar dan masik lagi meminati Ultraman ini sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.

Kenapa Perlu ke Ultra Heroes Tour ini?


1) Paparan figura Ultraman dan Figura terbaharu





Acara ini memaparkan pelbagai diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Pelbagai figuran siri Ultraman ada, dari zaman kita kecik sampai la sekarang.






Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan turut membawakn IP popular lain seperti 'ONE PIECE', 'SPY x FAMILY', 'MASHLE' dan 'HELL's PARADISE'.

Terpegun tengok semua koleksi figura yang ada.

2) Persembahan Battle Ultraman Blazar dan Volcan secara live


Acara paling ditunggu persembahan Battle antara Ultraman Blazar dan Volcan (The Magma Invasion Army Admiral) dapat dilihat secara live dan lebih dekat melihat aksi-aksi yang mengujakan dan melonjankkan paras adrenalin pasti membuat korang teruja.



Jadual Battle
1) 1hb Disember jam 7.00 malam. 
2) 2hb, 3hb, 9hb dan 10hb Disember pada 1 petang, 4 petang dan 7 malam pada setiap tarikh. 
(Jadual tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal)

Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam Ultraman Blazar

3) Pelbagai Promosi

Pelbagai promosi yang ada dan peminat ultraman boleh beli koleksi Ultraman dan koleksi figura lain yang diminati dengan harga yang berpatutan. 


Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu 'S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.' , 'S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN ' dan 'FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition'. Bahkan 'S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)' juga boleh diperolehi di sini.


Pada sesi jelajah ini, peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashi Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.


Boleh bergambar dengan Ultraman Blazar bila korang membeli barangan di situ.

Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Sila log masuk ke laman Facebook rasmi 'Tamashii Nations South Asia' untuk mendapatkan makluman terkini.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2