hai assalammualaikum..

BUTTERWORTH, (Bernama) - Seorang ahli perniagaan tempatan yang enggan dikenali, hari ini menyumbang RM1.5 juta bagi pembinaan sebuah masjid di Gaza, Palestin.Derma itu disalurkan menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan diterima oleh Pengarah Strategik MAPIM A.Sani Araby. 

"Memang kita selalu mendapat sumbangan tetapi ini kali pertama kita mendapat sumbangan secara peribadi daripada seorang usahawan yang dermawan untuk membina sebuah masjid bernilai RM1.5 juta. 

"Masjid itu akan dibina di tengah-tengah pusat bandar Gaza yang mempunyai ramai penduduk dan siap sepenuhnya Julai ini kerana kita merancang untuk merasmikannya pada awal Ramadan," katanya pada sidang akhbar Program Kayuhan Amal Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) Ride 2013 di sini hari ini.

Beliau berkata kerja pembinaan masjid dua tingkat dan dapat menampung 4,000 jemaah itu dijangka bermula Februari ini.

"Setakat ini masjid itu belum ada nama rasmi tetapi telah disebut sebagai Masjid Melayu berdasarkan ciri-ciri pembinaannya dan didermakan oleh usahawan Melayu dari Malaysia," katanya. 


syukur alhamdulillah..semoga usahawan itu dimurahkan reziki..dan diberkati oleh Allah..In Shaa Allah kalo nad seorang usahawan yang berjaya..nad pun ingin menjadi seperti beliau..duit x leh di bawa bersama apabila kita mati kelak...amalan yang penting
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Alhamdulillah, sumbangan yang besar juga tu.... Semoga Allah mmbalas jasa baik org tu

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah.smoga rezekinya bertambah..:D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Semoga dimurahkan rezeki kepada beliau

    BY: DJ dan CHEF
    (djdanchef.blogspot.com)
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...moga Allah balas jasa baik dermawan tu :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nad...bestnya ada jutawan yg berhati mulia macam tu semoga bertambahlah rezeki nyer...;)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah....begini laaa yang kita mahukan...agar ramai lagi mengikut jejak seperti ini...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.....
    semoga usaha nya diberkati......amin

    ReplyDelete