hai assalammualaikum

Pelancaran Kapal Dredger : Kapal Ketiga Terbesar - bila dapat kesempatan pergi tengok sesuatu yang menarik memang tak akan dilepaskan..lagi-lagi tengok pelancaran kapal ketiga terbesar..sepatutnya bukan nad yang kene pergi tapi dua orang sales dan big bos dan pengarah..tetapi sorang sales dan big bos tak dapat pergi..so tiket ade lebih..dan ade lagi extra tiket untuk sorang..so ade 3 lebih..dan nad telah terpilih untuk pergi lihat pelancaran ni..hahaha..ayat tak leh blah..terpilih tu..mula-mula taknak..tapi pikir balik takkan nak lepaskan peluang ni..

Nama kapal ni Inai Kenanga..kapal ini merupakan kapal ketiga terbesar..Upacara perasmian sejarah baru dalam industri perkapalan di negara ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berserta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diikuti menteri cabinet dan orang kenamaan lain...Masa majlis ni memang ramai la wartawan bukan sahaja dari dalam negeri malah luar negara juga datang..Para selebriti bersama jemputan yang hadir juga turut dibawa melihat kapal dredger milik Inai Kiara Sdn Bhd yang merupakan kapal dredger terbesar di rantau Asia dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dengan saiz sebesar 33,335 meter padu...nad dengan yang lain dapat seat dekat Deck A..ku pikir duduk atas kapal ke ape..rupanyer dalam khemah..hehhe...tapi kapalnya ada di sebelah..memang boleh tengok sebesar-besar alam kapalnyer..

paling utama bila datang majlis mesti tengok makanan dia kan..lagi-lagi kalau dah lapar gila..tak makan langsung semata-mata nak makan kat sini..hahahha..tak leh blah..yup makanan die memang macam makanan hari raya sebab dia buat untuk majlis hari raya juga macam buat open house la kan...apa lagi bedal la...lapo kot..hahaha.ada tu kerepek siap bawak balik masuk dalam beg..haha..oo lupe dia ade bagi goodies untuk tetamunyer..dapat topi, baju mug dan cd...

ok tembamnya muka aq...kes happy ler..makan banyak, kesannya bukan kat semua badan tapi kat pipi..ohh menn...hahah..muka senang hati selepas makan dan tak sabar nak tengok kapal itu dilancarkan...

ni bahagian belakang kapal...korang nampak kan ada satu bajak tengah cuba tolak kapal tu..tu la bajak paling besar digunakan...hahaha...

ni pulak bahagian depan...nampak panjangnyer..dan kebesarannya..Tentu sekali tidak terfikir dan terlintas bahawa sebuah syarikat tempatan mampu melahirkan kapal yang diiktiraf sebagai terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia.

kalau korang perasan tadi hanya ada satu bajak je yang menolak..tetapi kapal itu tidak berjalan..lepas tu datang bajak kecik satu..tetapi masih tidak berjalan dan kemudian datang satu lagi bajak cuba menolak..nad tengok baru sebelah ni..sebelah sana tak tau berapa bajak ada..selama satu jam jugak kapal ni dapat bergerak..

Kapal dah dapat bergerak akhirnya..dan masuk ke dalam laut..Hari ini apa yang kita tak terfikir boleh menjadi realiti apabila sebuah kapal yang begitu besar dibina dan menjadi kapal yang boleh menjadi kebanggaan kita..Kapal itu berfungsi seperti penyedut hampasan apabila pasir atau mendakan beserta air laut disedut ke dalam takungan kapal menggunakan paip penyedut..sangat berbangga dengan mereka yang membuat kapal ni.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. ke tiga terbesar? di dunia ke? ape pun... bangga la sebagai rakyat malaysia... aman damai.. ade kapal besar lagi... boleh la tumpang mancing atas kapal tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..nad :)

    dah lama ayie rasa bangga dgn negara kita. Malaysia makin berani kehadapan dgn idea2 dan teknologi terkini. skrg dah buat kapal terbesar di asia pula..fuhhh...malaysia tanah tumpahnya darahku...weeeeee

    ReplyDelete
  3. salam nad
    Satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan.nice post nad..tq sudi lapangkan masa di tempat ta. Ta bila la nak tgok kapal tu.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wah baru tahu tentang kapal nie, bangga jadi rakyat malaysia ...hebat!!!

    ReplyDelete
  5. sam..tak pasti la di dunia ke ape..hehe..tapi ketiga terbesar dh kira ok la tu..haha

    ayie abas..yup sangat2 berbangga jadi rakyat malaysia

    Tirana aduka..jom2 p tanjung harapan..hehee

    akupenghibur..hehee..nad pun baru tau

    ReplyDelete