hai assalammualaikum


malam ni layan cerita Super Spontan..walaupun ada cerita best dekat TV3 tapi nad hanya menunggu Super Spontan..hehhe..pada tahun lepas Super Spontan, kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara. Super Spontan 2013 kembali untuk musim kedua dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan program spontan ini telah dihoskan oleh Ray dan Haniff menggantikan Adibah Noor. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Kali ini pemain-pemain Super Spontan kebanyakannya hebat-hebat belaka. Semut Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho serta diuruskan oleh Rashid Salle.  Ketam Konfius yang dianggotai oleh Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu telah diuruskan oleh Razif Ismail.

APA KAITAN DENGAN BINI MAT YO ERK??

hahha..sebenarnya harini punyer Super Spontan Jepp Sepah telah melakonkan semula aksi apa yang bini Mat Yo cakapkan..dalam segmen Freeze atau beku..hahha memang lawak habis der..terbaikla Jep..selepas itu Johan pula meneruskannya..hahha..adeh diaorang memang kelakar..tak pasal-pasal jep dapat kad kuning..habis hangat betul kes ni sampai artis pun boleh tau..hahahha..layankan je..terlepas part tu..meh tengok dekat youtube ni..kelakar habis..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours