hai assalammualaikum


nad ada cerita kan sebelum ni berkenaan  taman di dalam shoping mall.. sekarang nad nak cerita berkenaan makanan pulak di Food Republic One Utama..tempat ni sama macam foodcourt la..so kalau nak cari makanan berupa nasi atau pelbagai bolehla pergi ke Food Republic. terdapat pelbagai gerai yang dibuka di situ..ada Farmhouse Chicken Rice, Serimuka (Makanan melayu), Rama 9 (Makanan Thailand), Shokuji (Japanese bento set), Hot Plate (Fusion and local food on sizzling hot plate), Western Cuisine Express dan Teppanyaki Express dan macam-macam lagi.Pilihan jejaka mafia ialah makanan Pepper Lunch Express. Masa ni nad tak makan sebab dah kenyang. Jejaka mafia pernah makan dua kali di gerai Pepper Lunch Express ni. Dia cakap sedap.


Pepper Lunch express merupakan antara restoran makanan Jepun yang mempunyai rangkaian terbesar lebih 250 cawangan / outlets di seluruh Asia Pasifik. Meliputi negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan China. Pepper Lunch memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dicuba. Rahsia kelazatan Pepper Lunch ini ialah terletak pada penggunaan plat panas / iron plate yang direka khas dan dipatenkan.Keadaan plat panas / iron plate ini juga memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap hidangan yang ingin disediakan bergantung bagaimana cara masakan yang anda kehendaki. Menu yang jejaka mafia pilih ialah Sizzling Curry Rice with hamburger. Panjang giler nama die..


Terdapat pelbagai menu di Pepper Lunch Express dan menu terpilih adalah Sizzling Curry with hamburger. Dalam bekas ni ada nasi diletak pepper, telur dan hamburger..bekasnya sama macam makan sizzling yee mee. Masih mengelegak dalam bekas, macam tu gak dengan bekas di atas. Jadi masa korang makan masih hot2 lagi..sedapla kan


Kenapa disebut cuury rice? Sebab dia ada kuah kari yang diletak di bekas lain. Curry ni sebagai kuah kepada makanan. Tak sedapla makan tanpa kuah kan. Tengokla tu melelh curry dia. Nyum-nyum.


Menu ni juga ada disertakan sup. Sup ni sebagai sampingan sahaja. Sama ada korang nak bubuh atau tidak ke dalam makanan atau korang nak hirup je pun boleh. Harga untuk satu makanan RM 12++


ok kalau korang nak cuba rasa Pepper Lunch Express ni hanya ada di Pavillion Kuala Lumpur, Sunway Piramid.Midvalley Megamall, One Utama dan Suria Klcc

Alamat One Utama Outlet
Food Republic second floor
One Utama shopping Centre

Working hours : 10 am-10 pm






SHARE 3 comments

Add your comment

  1. sedapnyer... terliur i tgok... :)

    ReplyDelete
  2. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our. Bagosih├║s

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS