hai assalammualaikum


Air Terjun Kalumpang

Hari ahad semalam nad dengan budak-budak office pergi bermandi manda di air terjun. Hari untuk merehatkan minda, otak dan jiwa. (nampak sangat stressnyer disitu). Kitaorang rancang seminggu sebelum nak pergi lagi, yela kalau nak pergi beramai-ramai ni kene plan awal, biar semuanyer berjalan dengan lancar.
 
Memang dah lama tak pergi mandi air terjun dan tempat yang dicadangkan nad tak pernah pergi lagi. Hari kitaorang keluar adalah hari ladies out. haha..semuanyer perempuan ok, tiada lelaki. 
 
Mana nad pergi ahad semalam..hah!! Pernah dengar Air Terjun Kalumpang?  Dekat situla kitaorang semua berkelah. Air terjun Kalumpang ni terletak di Kuala Kubu Bharu Kampung Pasir Putih, Hulu Selangor.Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai ke sini (macam aku ), nak masuk ke kawasan air terjun ni perlu melalui kawasan perkampungan Kg Pasir Putih, Kalumpang dan kawasan dusun yang luas. 
 


Perancangan awal yang kitaorang buat ialah berapa orang yang pergi dan nak bawak apa. Kitaorang berkumpul dekat petron Bukit Rajah. Pastu pergi naik satu kereta sahaja, kereta Alza ok..nasib baik besar kalau tak berhimpitla..hahaha.
 
Pastu kitaorang bahagi-bahagikan makanan pulak..bab-bab makanan kitaorang memang laju..dan menu untuk hari berkenaan ialah nasi putih, lauk sayur dan lauk nasi lemak, mihun, ayam goreng dan sosej. Nad bawak ayam goreng dengan sosej, senang dan mudah..laku plak tu..habis..hahaha..


Sampai je tempatnya, masing-masing dah bersila, apa lagi makan time. Lapar sangat masing-masing tak sarapan lagi..hahhaa.
 
Mulala melantak...Di Kalumpang ni terdapat kawasan yang berbayar dan tidak berbayar..kawasan yang nad santai ni free je..so hanya boleh mandi manda je..hehe..



Seronok dapat berkelah sambil menghirup udara nyaman dengan deruan bunyi air terjun. Selepas makan dan kenyang mestilah berendam di dalam air. hahh segarnyaa..Tenang dari segala masalah. Dalam fikiran hanya keseronokan..ketenangan, kedamaian.. 
 
Seperti tempat lain, tempat ni juga ada menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti tandas, surau, wakaf dan tapak perkhemahan. Nad perasan tempat ni mempunyai tempat training khas iaitu Kalumpang Resort & Training Centre untuk mereka yang ingin bercamping dan ade juga flying fox  tapi kene bayarla. Korang juga boleh menyewa Chalet bagi yang hendak bermalam di situ. Terdapat 45 unit chalet  di situ.



KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

Head Office:
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang 
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.

Tel      :  (+603) 6049 1969
Fax     :  (+603) 6049 1087
Website : http://www.kalumpangresort.com.my/



SHARE 9 comments

Add your comment

  1. beshnya dear..

    lama tak p air terjun..

    ReplyDelete
  2. lamanya la tak berjimba kat kawasan air terjun,, rindu sungguh rasanya,, mmm,,

    ReplyDelete
  3. salam...
    sedapnya hehehe
    salam kenal ye

    ReplyDelete
  4. bess nye. Dah lama tak berendam kat sungai.

    Memula tengok nama 'Kalumpang' tu ingatkan kat Sabah/Srwak dah tadi.

    ReplyDelete
  5. Hi assalamualaikum. Nk tanya mmg ada tempat yg free ke? Selain kalumpang resort tu? Sbb kami nk pegi dlm 70 org. Thanks in advance:)

    ReplyDelete
  6. fizi dan azwa...die ade tempat berbayar dan ade tempat free..tempat free maksudnya masuk je tempat tu dah nampak air..just ade pokok2 hijau .macam kawasan ulu yam..macam tu..kalau tempat berbayar..tempat tu siap ade chalet..kawsan die pun lagi cntik..

    ReplyDelete
  7. Kalau yg berbayar tu..berapa harganya?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS