REVIEW APLIKASI ANDROID DENAIHATI TERBARU

in , by Nadia Johari, 15:17:00
hai assalammualaikum

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru - Harini curi-curi on9 blog dekat ofis. Kalau dah kat ofis memang tak sempat nak on9. Sibuk memanjang. Kat rumah sewa pulak tak dapat on9 sebab line memang zero. Bila dah dapat on9 ni ape lagi mesti nak join Tuan Denaihati punyer review . Di harap masih berpeluang untuk membuat entry review yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati atas kejayaannya dalam Blogrr Awards kategori Best Personal Blog yang diadakan di Mines. Blog Denaihati Network telah mengalahkan empat blog lain iaitu blog brofamestone, cikepal, ben ashaari dan irene nadia. Event ini merupakan event yang mengumpulkan ramai blogger dan pemberian awards kepada blogger-blogger terhebat. Masa ni nad nak pergi tapi disebakan masalah jem yang panjang nad pun tak jadi pergi.

Blog Denaihati bukan sahaja di facebook malah telah dimuat turunkan di aplikasi terbarunya di Playstore di mana semua pengguna android boleh melihat blog tersebut di mana-mana sahaja dengan hanya dihujung jari sahaja. Pada mulanya nad tak dapat install aplikasi ini disebabkan storage telefon dah penuh, jadi nad buang mana yang tak patut dan alhamdulillah akhirnya dapat install jugak. Cara nak memuat turun senang je..

CARA-CARA INSTALL:
1) Pergi sekarang ambil telefon mudah alih anda (Android/Smartphone )
2) Klik pada playstore
3) Klik pada butang search kemudian taip “Denaihati Network
4) Klik dan Install
5) Tunggu sehingga habis install
 Sekarang dah boleh tengok..yeaahh
 
Bila Install je terpapar muka depan ni. Warna hijau yang cantik dan lembut je bila dipandang.  Hijau biasanya dikaitkan dengan alam. Hijau adalah satu warna yang menenangkan dan melambangkan pertumbuhan, kesegaran dan harapan serta mudah di mata secara visual. Hijau juga melambangkan pembaharuan, ketenangan, tenteram, kesuburan, cemburu, tumbesaran dan renungan. Simbol yang direka sangat menarik walaupun simple. Yang simple itulah yang cantik.
Dalam apliksai ini meragkumi tujuh item yang memudahkan anda untuk melihat blog Denaihati. Sangat mudah dan berkesan untuk pembaca mengetahui perkembangan berkenaan blog Denaihati ini. Mari kita lihat tujuh item ini.

Paparan pertama ialah blog. Setiap entry yang dibuat di blog Denaihati sudah tersedia. Kemas dan cantik juga mudah bagi pembaca untuk terjah. Kita hanya perlu mengscrolkan dengan memilih entry yang mana kita mahu membaca. Ringan dan laju.


 
Item kedua ialah facebook. Faceook ini memaparkan fanpage blog Denaihati.Dari sini pembaca boleh mengetahui apa yang diupdate dengan cepat. Tak perlu lagi tengok dekat wall kita yang bercampur dengan facebook orang lain. Hebat kan. Setiap contest atau aktiviti yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati pasti akan diketahui.
 Wow sangat menakjubkan bila melihat halaman youtube ini. Loading tidak lambat dan laju melainkan internet sememangnyer lembap..hehe. Halaman youtube ini memaparkan pelajar Akademi Denaihati yang berkongsi ilmu blogging terutama sekali berkenaan wordpres. Nad memang nak sangat bertukar wordpress tapi belum ade rezeki lagi. In Shaa Allah suatu hari nanti akan bertukar bila semuanyer dah stabil.

Seperti yang kita tahu Denaihati ada membuka kelas wordpress untuk mereka yang kurang mahir lagi. Apabila pembaca melihat youtube ini, ia dapat menarik minat dan keyakinan pembaca untuk menjadikan blogging satu tempat menjana pendapatan kerana apa yang kita lihat diyoutube kebanyakan pelajar yang menghadiri kelas Denaihati berpuas hati dengan apa yang diajar.

 

Selain daripada itu, twitter juga dimuatturunkan bagi memudahkan pembaca yang rajin melayan twitter. Macam nad memang tak layan twitter dan takde akaun twitter pun..hehe..tapi dari aplikasi ni nad boleh nampak juga twitter yang diupdate oleh Denaihati. 

 
Terdapat juga Instagram yag membolehkan pembaca untuk melihat pelbagai gambar yang menarik yang telah Denaihati upload. Cepat dan tidak lambat.

 
Bagi pembaca yang ingin mengetahui banyak maklumat berkenaan worpress, blog atau apa sahaja, anda boleh hubungi mereka seperti yang tertera di atas. Senang kan. 
 
Bagi yang ingin mengetahui lokasi Denaihati Network, lihat sahaja di find. Mudah bukan ? Jadi apa tunggu lagi ? Jom lah kita ramai ramai install aplikasi mudah ini 
!DOWNLOAD SEKARANG..JANGAN TUNGGU LAGI.




SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah dah boleh install juga
    billion terima kasih kerana sudi sertai kontes review aplikasi android denaihati terbaru dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. mmg terbaek blog denaihati ni..
    siap ada app sendiri lagi.

    ReplyDelete
  3. memang terbaiklah blog DenaiHati ni...

    ReplyDelete
  4. muja pun join,, hebat tul la denaihati nih,, perghhh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS