HAFIZ JUARA BAGI ANUGERAH JUARA LAGU 28

in , by Nadia Johari, 22:43:00
hai assalammualaikum

 Nad tau, nad terlambat update entry pasal Juara LAgu ke 28 ni..hahaa..sebab banyak komitmen..pergh takleh blah..walaupun lewat nad nak juga wat entry ni..hehhee. Malam pembukaan Juara Lagu yang sangat hebat apabila Shila Hamzah dan Mus May membuat persembahan. Dengan stage yang bertingkat dan screen yang mencantikkan suasana. Ramai artis telah datang menyaksikan pertandingan ini. Pengacara pada malam itu ialah AG dan Scha. Buat pertama kalai pengacara lelaki ada rambut (bak kata AG)..hahhaa..selama ni faizal je ke yang jadi hos..eden pun lupa..hehee..

Kemuncak pertarungan 12 lagu di anugerah juara lagu AJL ke-28 - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Hafiz_Juara_Anugerah_Juara_Lagu_28.html#sthash.9WV677r1.dpuf
Kemuncak pertarungan 12 lagu yang terpilih di Anugerah Juara Lagu ke 28 menunjukkan persembahan yang menarik dan memukau para penonton. Dengan pelbagai aksi dan suara yang mengasyikkan oleh para peserta. Acara penutupan telah dimeriahkan oleh otai rock kita Amy Search, diva kita Ziana Zain dan raja dangdut iaitu M Daud Kilau..time Suara Amy dan Ziana sangat mengagumkan. Aksi M Daud Kilau menarik perhatian dengan gelekan pinggulnya..hehe..Semua ikut gelek seh. 

Tahniah buat lagu Bahagiamu Deritaku iaitu Hafiz telah dinobatkan sebagai Juara. Lagu hasil ciptaan LY dan lirik ditulis oleh Baiduri telah menambat hati juri dan memenangi wang tunai RM 35,000 beserta trofi.


Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh Hyper Act menerusi lagu ‘Hanya Aku'. Lagu kegemaran ku di tempat kedua dengan membawa pulang RM 15,000 beserta trofi. Pertama kali masuk pertandingan dalam Juara Lagu..rezeki katakan


Temapt ketiga pula ialah lagu 'Kalau aku kaya' yang dinyanyikan oleh Awie Rafael dan Altimet. Mereka membawa pulang RM 10,000 beserta trofi.


Juara bagi Vokal terbaik ialah Jaclyn Victor. Jaclyn telah menyanyikan lagu 'Rentakku' bersama diva-diva kita iaiatu Salamiah, Dina, Adibah Nor dan Atilia. Aura suara mereka ni la yang telah membuatkan jaclyn memenangi vokal terbaik..hahhaa..JAclyn membawa pulang RM 10,000


Persembahan terbaik pula jatuh kepada Hafiz. Dengan hanya pokok-pokok kering dan daun sahaja hafiz telah berjaya membawa pulang RM 10,000.



Tahniah kepada semua pemenang


Kemuncak pertarungan 12 lagu di anugerah juara lagu AJL ke-28 - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Hafiz_Juara_Anugerah_Juara_Lagu_28.html#sthash.9WV677r1.dpuf

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. masa juara lagu berlangsung,, muja dok makan kat luar,, kih3

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2