JUARA LAGU KE 28 MALAM INI

in , by Nadia Johari, 19:33:00
hai assalammualaikum

 Salah satu pertandingan muzik yang dinanti-nanti ramai iaitu Anugerah Juara Lagu akhirnya hampir tiba. Secara jujur, kesemua lagu yang bakal berentap di AJL28 pada 26 Januari 2014 hebat-hebat belaka. Senarai 12 buah lagu yang layak ini telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri. AJL28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 malam pada hari ini iaitu 26 Januari 2014. Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) memperkenalkan ‘Game On’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos. Saksikan tayangan acara ‘Purple Carpet’ Anugerah Juara Lagu di seluruh dunia menerusi program Hip TV (TV9) di laman www.anugerahjuaralagu.com bermula seawal 7.30 malam sehingga 9 malam pada 26 Januari

 
Berikut ialah senarai lagu-lagu yang layak ke AJL28:-

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah



Agak-agak siapa juaranya ye..adakah hafiz..huhuhu..nantikan..
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum nad.. wahh sheila tak dapat tengok. tertidur awal. kihkh. Hafiz menang kan? taniah2 buat pemenang semua. murah rezeki mereka kan (",)

    ReplyDelete
  2. hafizz......heheee ttbe meroyan hehee..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2