LINDA ONN DAN SUAMI

in , by Nadia Johari, 00:17:00
hai assalammualaikum



acara penyatuan Linda dan suami telah dibuat secara tertutup, penyampai Surai FM itu baru-baru ini telah berkongsi potret hari bahagianya buat tatapan umum. memperlihatkan detik-detik penting dan bahagia Linda Onn saat sebelum dan selepas bergelar pasangan hidup buat jejaka serupa seperti wajah produser dan pelakon hebat, Hans Isaac tersebut yang dikatakan kerabat raja dari negeri di selatan. Linda Onn, 36, yang telah menjadi isteri yang sah kepada, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34

 Linda telah selamat bernikah selepas waktu Asar, 27 Disember lalu di kediaman mewah Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media melainkan media yang rapat dengannya serta sanak-saudara. Pihak media yang hadir juga tidak dibenarkan merakam sebarang visual berbentuk foto mahupun video.

Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 36, yang hanya diwakili ahli keluarga juga pengarah filem, Razif Rashid berkata, penyampai Suria FM itu tidak bersedia berkongsi butiran majlis kerana sibuk melayan sanak-saudara. Usahawan berjaya yang terkenal dengan Nasi Ayam itu dikatakan mahu berlaku adil kepada semua tentang foto hari bahagianya itu.

Tahniah kepada Linda Onn. Semoga bahagia sehingga ke jannah.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. wow blh thn kkak liz ni, bz kje pn rjn update blog hihi.. tq la dpt tgk gmbr, tk pyh ssh google da

    ReplyDelete
  2. wahhh..bertuah sungguh dia dapat org yg hensom kan..:)

    ReplyDelete
  3. handsome kan.. senyap2 je, xtahu bila bercinta, tahu2 kawin... :)

    ReplyDelete
  4. seruju juga. mmg ada iras hans.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2