JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 SEPAHTU

in , by Nadia Johari, 01:41:00
hai assalammualaikum

Pada hari Jumaat, telah berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2013 Akhir di Stadium Malawati Shah Alam. Persaingan sengit lima peserta yang masuk ke peringkat akhir iaitu Bocey, Shiro, Jambu, Sepahtu dan Nabil telah berentap untuk merebut gelaran Juara. Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal & Nora Danish. Pembukaan MaharajaLawak Mega 2013 telah dipersembahkan dengan tarian zombi dan robot serta artis Altimet, Sanaone dan Joe Flizzow menyanyikan lagu havoc.

5 peserta keluar daripada pintu yang dikhaskan. Part lawak time bocey, si Abam tak boleh turun sebab tinggi sangat. SRahim Sepahtu pulak dah jatuh terduduk..adoii..hehehe. Persembahan malam ni bertemakan bebas dan muzikal. Malam ni semua peserta telah buat yang terbaik, namu yang nampak terbaik bagi nad ialah Bocey dan Jambu. Namun undian semua di tangan orang awam. Apa-apa pun semua peserta bukan pulang tangan kosong. Semua dapat duit dan trofi. Pada malam itu Sepahtu telah dinobatkan sebagai juara. Memang sudah jangka bahawa Sepahtu akan menang. Walaupun dalam hati Bocey yang terbaik..huhu

Senarai pemenang


Sepahtu yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin, Shahmira Muhamad dan Rahim Mat Ali dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 menewaskan empat peserta lain. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.


 Manakala, tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi dan Mohamad Hanffi Razak yang memenangi hadiah RM250,000 beserta trofi.


Tempat ketiga dimenangi Bocey (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, Mohd Nasir Hamzah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) yang menerima hadiah RM150,000 serta trofi.


Tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Jambu (Zamatul Amri Zakaria dan Yussry Edoo) dan membawa pulang RM50,000 


Ahmad Nabil Ahmad meraih  RM15,000 berserta trofi.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Wah tahnish kepada Sepahtu.. tapi ada orang cakap Bocek lagi best..

    ReplyDelete
  2. bocey ttp juara even dpt no3..huhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2