hai assalammualaikum

Zizan Razak Paling Banyak Dapat Anugerah - Semalam berlangsungnya Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bulit Jalil. Semalam nad tak sempat tengok sebab temankan mak pergi ke pasaraya bershoping barang dapur. Tapi nad dapat tengok siaran ulangan Anugerah Meletop Era hari ini yang ditayangkan pada pukul 1.30 petang hingga 4 petang. Pembukaan yang menarik dan tarian yang menakjubkan. Penagcara pada malam itu ialah Nabil, Nealofa dan Datuk Ac Mizal.

 Pelawak, Zizan Razak telah dinobatkan Anugerah Top Top Meletop kategori lelaki manakala kategori perempuan dimenangi oleh Zara Zya..Pemenang anugerah Top Top MeleTOP telah berjaya membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10 000 beserta trofi. Selain memenangi kategori utama, Zizan turut memenangi anugerah Fesyen MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP dan WeChat MeleTOP. KAu tengok banyak die rangkul. Rezeki dia. Semua undian ditangan orang awam. Ramai peminat Zizan rupenyer..Tahniah zizan.

Senarai penuh para pemenang di Anugerah Meletop Era 

Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak
Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya
Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak
Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad & Nazira
Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak
Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya
Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era
Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad
Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz
Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012
Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)
Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster)
Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2
Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq
Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak
SHARE 7 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2