hai assalammualaikum


Sekarang pukul 9 malam setiap hari sabtu nad akan duduk depan tv nak tengok fear factor. Cabaran kali ini lebih mencabar dan menggerunkan. Sebenarnya motif lain nak tengok Aaron Aziz..hahaha..Di episod lepas, Fify dan Ungku merupakan peserta pertama yang tersingkir dalam Fear Factor musim ini. Dalam episode kali ini, para selebriti dan peserta kumpulan B pula yang akan bertarung. Sama seperti episode lalu, para selebriti telahpun memilih pasangan masing-masing iaitu:

Azura/Rechel, Bambang/Faisal, Izzue/Emri, Shah/Kartini, Shuib/Zakaria, Thanuja/Joy, Yana/Janice dan Zain/Akmal
Sama seperti kumpulan A minggu lalu, pemenang untuk cabaran pertama dan kedua yang memperolehi poin yang tertinggi akan menerima wang tunai RM10,000 dan kumpulan yang menjadi Top 2 akan mendapat imuniti dari pusingan penyingkiran manakala 6 kumpulan yang lain dikehendaki untuk mengharungi pusingan tersebut. 


Cabaran pertama kumpulan B ialah ‘Russian Swing’ dimana mereka dikehendaki mengambil 12 bendera dari sebuah platform dan meletakkanya di platform asal. Akan tetapi, untuk ke platform bendera tersebut, mereka dikehendaki menaiki ‘Russian Swing’ dan menggunakan momentum serta kerjasama antara 2 ahli pasukan. Cabaran kali ini menjadi lebih susah akibat hari yang hujan, menyebabkan platform dan Russian Swing itu menjadi sangat licin. MAsa ni kumpulan zain memang terbaik.


Cabaran kedua mereka ialah ‘Lidah Berbelit’ dan dalam cabaran ini, para selebriti tidak akan melakukannya kerana hanya pasangan mereka yang akan ‘makan’. Dalam cabaran ini, mereka akan cuba memindahkan lidah lembu yang dilumuri cecair dan ulat dengan hanya menggunakan mulut mereka sahaja. Selepas cabaran kedua ini penentu bagi siapa yang memenangi imuniti dan RM 10,000. Peserta yang berjaya mendapat imuniti ialah Zain Zaidin dan Akmal serta Bambang dan Faisal. Peserta yang memenangi RM 10,000 ialah Bambang dan Faisal. Menangis Faisal sebab isteri dia bakal melahirkan cahaya mata.


Di cabaran penyingkiran, 6 pasangan ini dikehendaki untuk masuk ke dalam sebuah bekas yang dipenuhi najis gajah dan cuba untuk mencari seberapa banyak butiran emas di dasarnya dalam masa 3 minit. Dalam cabaran ini, para selebriti yang dikehendaki untuk melakukannya. Dalam episod kali ini Shah dan Kartini merupakan peserta yang kalah dalam pertandingan akhir tetapi mereka telah terselamat dari penyingkiran kerana dalam episod kali ini tiada penyingkiran. Huntunglaa..


Cabaran malam ni ape pulak..huhu...Nantikan Group A. Jangan lupa pukul 9 malam ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. pakat dok depan tv belaka malam ni :)

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan nak tgk fear factor untuk siri terbaru ni lagi.

    ReplyDelete
  3. kalau sempat bolehlah ikut rancangan ni nanti, tengok sedutannya memang best sangat.

    ReplyDelete