hai assalamualaikum


Selamat Hari Lahir Budak Bulat - Sekejap je membesar dak bulat ni.. Sekarang dah masuk dua tahun dah..hehehe..hari tu ada buat majlis harijadi dia, just buat dengan keluarga je tapi sayangnya memandangkan nad dekat kuala lumpur takdapat sertai majlis dak bulat ni..sobsobosob.. Budak ni namanya Syazwan, kitaorang pangil cakwan..hahaa..lama-lama terikut anak buah lagi sorang sama baya dia panggil wawan..last-last nad pun panggil wawan..hahaha..



Tengok Gambar masa dia kecik..bulat je..mana taknya kuat menyusu. Dah besar ni pun kejenya makan je. Pantang nampak orang bawak makanan, semua nak masuk dalam mulut. Dah masuk dua tahun, perangai dia selamba je. Macam takde perasaan dan jenis tak takut dengan orang. Kalau tengok gelagat dia memang buat kita tersenyum je..hhehehe



Aritu birthday dia, acik diah belikan dia bola. Bola pulak mesti warna biru kegemaran Acik diah..hahaa.. Budak bulat ni suka sangat dengan bola. Pantang jumpa bola. Kalau boleh tido pun nak dengan bola. Last-last nad belikan dia bola besar. Sampai rumah je terus panggil dia nak tunjukkan bola ni. Punyalah dia suka.. Dapat je terus main dengan bola ni. Dua orang lagi, sorang abang dia sorang lagi anak buah sama baya dia dah jeles sebab tak dapat bola tu..hahaha..last-last masing-masing berebut nak bola tu tapi Acik diah dah pesan ini bola wawan punya..



Nad pulak terlepas cakap janji belikan diaorang bola macam tu gak. Budak-budak mana boleh dijanji, kalau sebut janji je mesti dia tuntut..haha..Nak taknak nanti kene beli jugakla.. Bila anak buah sorang cakap (abang kepada wawan). " Cik diah nanti harijadi nasrul cik diah belikan bola macam ni erk"..nak taknak senyum dan cakap ye jele..budak ni dah 5 tahun..biasalah bola sapa tak suka sedangkan Acik Diah pun suka main bola..hahhahaa..


Kepada Syazwan, selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang soleh dan menajdi budak yang baik. Semoga membesar dengan baik..ehhee..semua baik-baikla..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. yg pentingnya.. ptong kek nak reramai kann.. heehe

    ReplyDelete
  2. wah..bola lagi besar dr orang nya...boleh ke main tu.?hehe,,,

    ReplyDelete
  3. wah..bola lagi besar dr orang nya...boleh ke main tu.?hehe,,,

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir syazwan =)

    Nad dah masuk dalam bloglisttt :p

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir syazwan.. semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga serta negara... ^_^

    ReplyDelete
  6. salam. selamat hari jadi wawan.

    biasalah budak lelaki, mesti suka bola

    ReplyDelete
  7. meriah kan sambut ramai2...

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/08/petua-anak-selsema-paling-murah-guna.html

    ReplyDelete