hai assalammualaikum

Chalet Air Panas Pengkalan Hulu Di Perak - Jumaat lepas nad dengan keluarga serta saudara pergi ke Perak untuk menghantar pengantin perempuan bagi meraikan persandingan belah lelaki pulak. Hari persandingan belah lelaki dibuat pada hari sabtu, tapi kami bertolak pada hari jumaat disebabkan perjalanan yang agak jauh. Perjalanan daripada Klang ke Pengkalan hulu mengambil masa 7 jam, memang tersangat la lama oiii.. Punggung ni dah naik lebam, kepala pulak berpusing sebab laluannya macam nak pergi cameron. Pengkalan Hulu ini dan letaknya di hujung Perak, sempadan dengan Kedah dan Betong,Thailand.




Kami bertolak pada pukul 4 petang dan tiba di Chalet pada pukul 11 malam..lama ke idooookk...walaupun bukan nad yang drive, tapi dah tido bangun tido bangun pun penaatt..haaha. Chalet ni disediakan oleh pengantin untuk kami sekeluarga yang berjalan jauh ni.. mana taknya, dah penat mesti kene rehatkan badan dulu..kalau tak, nak p kenduri nanti lemau je..




Sampai je dekat sana masing-masing terus makan. Chalet ni ada dua bilik dan satu katil disediakan di depan ruang tamu. Wifi takde rasanya. Paling utama dekat sini hanya menerima line celcom je..haha..line lain takdok...jadi siap-siapla dengan line celcom.




Kenapa dinamakan Chalet Air Panas? sebab dekat depan setiap chalet ade kolam air panas. Jadi kat sini ko bolehla nak celupkan kaki ke..nak berendam pun boleh. Berendam pada waktu pagi..memang syokk oo..hahaa..tengokla diaorang ni seronok je berendam.





Air panas semulajadi ini berwarna seperti tanah atau selut serta keruh kerana ianya tidak ditapis bagi mengekalkan keaslian yang terhasil daripada tindakbalas sulfur/belerang dalam tanah.. Air panas ni asli ok bukan buatan. huhuhu...patutla best semacam je..




Nampak je macam kolam, tapi ada bahagian yang dalam. Tengokla sedara nad tu berendam paras mana. Jadi berhati-hatilah semasa nak mandi. selalu tinjau anak-nak kecik sebab kalau apa-apa kejadian buruk bukan tanggungjawab mereka, ia adalah tanggungjawab sendiri..Dah siap tulis dekat papan tanda.









Kolam ni panjang..jadi bolehla rendam ramai-ramia..hhaahha



Tempat ni jugak disediakan dewan makan dan surau.




Lokasi yg unik dengan persekitaran alam semulajadi yang masih terpelihara dalam suasana kampung yang tenang sesuai untuk anda berehat bersama keluarga dan juga sesuai untuk agensi kerajaan mahupun swasta bagi mengadakan kursus, seminar ataupun mesyuarat. Jika korang nak boleh layari

Chalet Air Panas Pengkalan Hulu


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Menarik..belum pernah jejak lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. azwar..nad pun pertama kali jejak

    ReplyDelete
  3. lisa..hahaa..tau takpe..jauh nun penghujung dunia..

    ReplyDelete
  4. Pernah sampai pengkalan hulu tp tak pernah jumpa lagi chalet ni. Macam best jaaa. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. wah..cntiknya kawasan..mcm kwsn perumahan dah..bestnya.. :)

    ReplyDelete
  6. Menariknya review awak..mesti pergi nie..dah lama plan nak pergi tapi tak samapi2 lagi

    ReplyDelete
  7. meriahnya, mesti seronok giler kan

    ReplyDelete
  8. meriahnya, mesti seronok giler kan

    ReplyDelete
  9. akak pernah pergi sekalii duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

    ReplyDelete
  10. Kg mak aku ni..hehe..rumah2 kat blkg chalet tu bole kata suma umah sepupu2 aku ngan mak sedara aku

    ReplyDelete