hai assalammualaikum

Makanan Di Restoran Sakura Kristal Taman Melawati Sedap - Hari Rabu semalam nad temankan jejaka mafia pergi kerja ambil gambar. Lepas habis kerja , seperti biasa jejaka mafia akan cakap nak makan kat mana. Dalam beberapa hari ni, ramai yang tunjuk chicken chop dalam whatssap..jadi nad pun dah terliur, terus cakap "nak makan chicken chop"..Dalam hati berharapla dia tak bawak makan chicken chop tempat biasa dah pergi, jemu kot..hahahha..

Lepas tu dia call kawan dia cakap nak jumpa, jadi mintak suggest kawan dia mana tempat chicken chop dekat area Taman Melawati. Tak taula kawan dia cakap ape, tapi nad dengar dia cakap " Sakura"..wah macam special je..macam tempat mahal je..macam tempat marbelous je..hahaa..Sakura nama sama macam email nad rockers.sakura@yahoo.com..hahahha..


Sampai je dekat kawasan tu, nad tengok wahh..best, best, best....kali pertama datang ke sini, hati teruja gila..biasalah jarang makan tempat macam ni..kesian kan..hahaa..Tempat berada di tengah-tengah kawasan, mudah dan senang nak lihat restoran ni sebab perkataan Restoran Sakura Kristal boleh nampak dengan jelas. Terletak betul-betul di tepi MRR2 sebelah kiri menghala ke Ampang. Keluasan tempat ni jangan cakapla..memang luas, sesuai untuk ajak keluarga makan kat sini. Tempat pun open air..tak tertutup pun..hehee.. 

Sakura Kristal ditubuhkan pada 2003 dan cawangan pertama adalah di Kuala Lumpur. Sakura Kristal menghidangkan makanan dengan menghidupkan kembali hidangan tradisional dari kuali dan menciptakan hidangan kontemporari baru moden iaitu "grill". Antara kelebihan dalam Sakura Kristal
  1. Halal
  2. Wifi 
  3. Kemudahan Parking (,mudah dan tak perlu risau)
  4. Smoking Facilities Available
  5. Vegetarian Dishes Available 
Suasana dekat Restoran Sakura Kristal Taman Melawati




Pekerja dekat sini memang cekap dan cepat. Layanan dia pun bagus..tersenyum je..hahaha..melayan karenah kami suami isteri ni..hehee,..time aku amik gambar ni tetibe tak senyum pulak..sebab tengah peka dengan order suami..hahah..Pelbagai jenis makanan disediakan di sini..bukan grill je tau..



Tak sampai beberapa jam, makanan kami sampai..memang cepat dan efisyen..bagus..Tempat dia pun bersih. Masa nak pergi tak ramai orang datang..hehee..Nad order chicken chop black paper, suami pulak order yee mee.. 




Suasana yang senyap dan santai memang kami berdua menikmati makanan dengan seronok. Nikmat rasa chicken chop tu..perghhhh terbaikk..sedapp sehhh...harga kau jangan cakapla..memang mahal..hahhaa..standar tengok tempatla...yee mee yang jejaka mafia order pun sedapp..kuah die slurrpp..slurrppp...haishhh...lepas habis chicken chop, nad belasah yee mee jejaka mafia..hahaha..sodapp kauu..


Air pulak , nad pesan OreoMilkShake..sebelum ni nad selalu order cappucino, chocolate.. tapi balik mesti masuk angin, muntah..nad cubala order OreoMilkShake ni, sedap kau..balik takde penin dan muntah...rasa tempat die ni je ade OreoMilk Shake..tempat lain ade ke..waa..


nad sedutt sampai habiss...rasa tak puas je..aummm


Jejaka mafia pulak order aiskrim. Aiskrim campur dengan cornflakes dan air kosong..memang marbelouss..


Oh tengah makan tu nad ternampak ade satu bilik khas untuk Conferences..Siapa yang nak boleh booking dengan telefon dulu erk..No telefon dah tertera dekat situ.

 Nad kata ok dekat Restoran Sakura Kristal

Siapa nak cuba makan dekat Restoran Sakura Kristal ni boleh pergi ke
 website : http://sakurakristal.com/
location: 301,Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur Selangor
Facebook : Sakura Kristal Cafe & Restaurant Asian Fusion Restaurant
Sakura Kristal mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Taman Melawati, Segi University College, KL Festival City dan Setia City Mall








SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Wahh wah wah..bila blogger g mkn camni la jdnyer hehehe..review mmg best..terbaik la Nad

    ReplyDelete
  2. wow..menyelerakan..terbaik punya review..:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya..pernah dgr rest ni tapi xpernah g lagi..mcm sdap je :)

    ReplyDelete
  4. Terliurnye tengok chicken chop tu 😍

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2