hai assalammualaikum

Perut Memulas Dan Meragam - Kelamarin Hari Raya AidilAdha, memang makan daging je la, sebab banyak dapat daging. Mak buat sup daging, sental sampai kenyang. Semalam pergi kenduri kawin, cuma makan nasi minyak, daging masak kicap dengan ayam goreng. Malam tu makan makanan kenduri tu jugak sebab diaorang bungkuskan makanan. Pagi tadi bangun tido perut dah rasa lain macam je. Dia punya rasa memulas, macam menari-nari, perghh sakit sangatt. Lepas tu pergi la tandas membuang apa yang patut. Lepas membuang tu duduk sekejap..mak aihh die datang balik..meragam..memulas..pergi lagi tandas..huaaa harini pergi ke tandas lebih 4 kali ooo...lenguh kaki ni haa..kejang kejung dah ni..nak jalan pun dah kene tunduk je..


Lepas 5 kali masuk tandas, baru la lega..fuhh..Tengahari pun makan sikit je..Sebab dah tak lalu nak makan. Takut perut meragam balik. Lepas dah banyak buang tu nad minum air kosong banyak bagi menggantikan cecair yang dah banyak keluar tu..alhamdulillah..lega sikit..naya, naya,  kalau makan tak ingat dunia..hahhaa...ni padahnya...

Ini petua yang nad baca untuk melegakan perut meragam 

Teh Halia
Halia yang mengandungi enzim anti –radang dan juga bahan aktif gingerol berkuasa untuk menenangkan perut yang sakit akibat masalah sistem perncernaan. Hiriskan halia dan rebuskan bersama air selama beberapa minit sebelum minum. Halia juga dapat membantu menghilangkan rasa loya.

Lemon
Buah Lemon merupakan bahan serba guna. Anda cuma perlu perahkan sedikit lemon ke dalam air suam dan minum. Selain melegakan sakit perut, ia juga membuang toksik dalam badan.

Cuka Epal
Campurkan 2 – 3 sudu besar cuka epal ke dalam minuman anda tak kira sejuk atau panas, ia dapat menenangkan perut meragam.

Air Kelapa
Air kelapa memang sedap di minum ketika cuaca panas terik. Untuk pengetahuan anda, kandungan potassium dan Vitamin C dalam air kelapa mampu memberikan rasa lega ketika perut meragam.

Yogurt
Yogurt memang sering dikaitkan dengan kesihatan perut. Ini kerana bahan probiotik aktif yang terkandung dalam yogurt tersebut mampu melegakan sakit perut.

Air garam
Larutkan garam bersama air kemudian minum.Cara ini adik saya selalu amalkan jika mengalami gejala cirit-birit.Minum air masak yang banyak bagi menggantikan bendalir dan garam yang hilang
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. bese kalau lisa sakit perut lisa minum air kosong je. kalau ceret beret minum tea pekat

    ReplyDelete