hai assalammualaikum

Susun Atur : Idea Kreatif Cara Simpan Anting-anting, Gelang dan Rantai - Sebelum ni nad ada buat entry berkenaan simpanan barang makeup..sekarang nak tunjuk tempat simpanan barang remeh ni. Perempuan memang menyukai barang-barang aksesori ni, sebab cute dan cantik. Tapi bila dah kumpul banyak nak simpannya pun dah tak tau macam mana kan. Sesetengah orang akan simpan barang-barang seperti anting-anting, gelang da rantai dalam satu bekas, sebab bagi diaorang senang nak ingat dan tiada masalah. Oooppss ..yeke takde masalah..masalah ni penah terjadi kat nad..fuh...kalau kita dah terlambat nak pergi keluar jalan, mula masa tu kelam kabut nak pakai itu ini. Masa tu punya la nak cari gelang dengan rantai tetibe rantai terlilit pulak dengan gelang, nak betulkan dah terlambat..alamatnya memang tak pakai sebab nak kejar masa..huh..sadis je..Lagi satu kalau gelang tercabut kalau dah terlilit, almaklumla tarik ganas sangat...lagi sedihh

Lagi satu anting-anting ni macam-macam jenis ade, kecik ade, panjang ade, lepas tu die sepasang..kalau diletakkan dalam satu bekas memang nak cari sepasang macam susah je kan. Jadi nad nak tunjuk cara kreatif menyimpan barang-barang rumit ni. Idea-idea kreatif untuk simpanan barangan kemas, malah, tempat penyimpanan yang ingin digunakan juga boleh recycle barang lama, tidak perlu berbelanja. 

frame

botol

penyangkut

rantai
penyangkut tuala
raket badminton
Hanger
Harap membantu korang untuk menyusun barang-barang aksesori ni erk.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Raket badminto pun blh hhaha memg kreatif

    ReplyDelete
  2. sgt kreatif ni. nad try la buat tgk...

    ReplyDelete
  3. Memang cantik dan sangat kreatif..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  5. melting sangat kalau tengok something yang kreatif ni..
    seriusss

    ReplyDelete
  6. Rasanya semua susun atur boleh guna bahan yg sedia ada kan. Jimat duit :)

    ReplyDelete
  7. Ok..kalau den dah ada anting anting sok den buek

    ReplyDelete
  8. Fuh!! Memang sangat kreatif!!!

    ReplyDelete