hai assalammualaikum

Pekerja KFC Yang Bagus Dan Tak Amik Kesempatan - Ini kes berlaku dekat KFC Tesco MR2 Ampang..Tadi siang lepas pergi selesaikan urusan nad pergi makan dekat KFC. Sambil menikmati makanan yang sedap dan enak tu dengan dessert yang awesome tu..memang dah tak ingat benda lain dah...hahahhaa..dan macam biasa, telefon selalu ade dekat tangan..lepas makan, mestilah usha telefon jap kan..layan gamela, tengok whatssup la online facebookla..


Nak dijadikan cerita jejaka mafia ni ade dua phone. Satu telefon besar samsung, satu lagi telefon kecik samsung jugak jenama Samsung Trend. Telefon kecik samsung ni jaranglah dia bawak keluar atau letak atas meja. Entah tetibe kenapa die letak atas meja tu..Selesai je makan kami pun balikla..Tetibe dia rasa porch die macam ringan je..dia cek-cek..pastu dia tanya "mana telefon kecik abang"..dah biasa dengan dia ni, selalu lupa sesuatu benda..dan kitalah akan tukang cari sama..bila dah tak jumpa dalam kereta mulalah dia gelabah..pastu kite pun decide patah balik dekat KFC tu..

Nasib baik rumah dengan Tesco tu tak jauh..Jadi patah balik nad keluar pergi ke KFC tu..sampai sana tengok dah ade orang duduk, tempat dah dibersihkan..alahai cuak..orang yang tengah makan tempat nad makan, tengok semacam je..hahaa..lepas tu, pergi tanya pekerja KFC dekat situ yang tukang kemas..cakap "tadi u kemas meja, ada nampak phone tak"..dia cakap" ada"...dia pergi masuk jumpa supervisor die kot tanya pasal handphone..lepas tu supervisor tu masuk dalam dan bagi die phone tu..fuh legaa kau..nasib baik pekerja tu tak amik ke..atau orang lain pergi amik ke..haishh

Biasalah orang kan..mana kite nak tau..kadang-kadang nampak bende gadget ni diaorang grab je..mayb samsung jejaka mafia ni tak power kot. Samsung Trend je...bhahaha..tu takde sape amik..tapi nasibla pekerja dekat situ simpankan..bagus-bagus..nasib pekerja kat situ jujur..ayoyo..lepas ni balik kene tengok keliling meja semua barang dah masuk dalam beg..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. jarang jarang jumpa orang macam ni kak nadia. nasib baik lah :)

    ReplyDelete
  2. memang cuak kalau pergi balik tgk meja dah clear ... tapi alhamdulillah rezeki nad ada lg ngan phone :)

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah letak lagi hp atas meja lepas pernah kena ragut kat Mc D dulu.. dalam restoran mc d. pergi lunch. malas nak bawak beg kan.. bawak hp dgn duit jer.. letak atas meja.. sekali dia masuk & rembat je. So, hope jadikan pengajaran. jgn biasakan diri letak hp atas meja kat luar

    ReplyDelete
  4. Fuhhh.. .Nasib baik... Haha.. Visit my blog on shukranzahari.blogspot.com Happy blogging

    ReplyDelete
  5. Memang rezeki tu . sebab kalau diorang tak jujur, handphone murah pun diorang tibai..

    ReplyDelete