hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan Di Hotel Dorsett Grand Subang - Ramadhan kali ni pasti meriah dengan ahli keluarga. Tapi mesti ada sesetengah mereka terfikir dekat mana nak berbuka puasa nanti. Hah!!! meh nad nak cadangkan satu tempat yang menarik untuk korang berbuka puasa. Menu yang disediakan juga sangatla menetapi selera kita ni ha. Jom berbuka di Hotel Dorsett Grand Subang. 

Tempat yang menarik dengan layanan yang istimewa bagi para pelanggan. Di Bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti, Hotel Dorsett Grand Subang akan menyediakan dua menu pilihan untuk pelanggan mereka berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara menunya ialah
• 'Selera Bonda' di Melati - menawarkan bufet hidangan Malaysia
• 'Iftar' @ Terazza - menawarkan bufet dengan campuran masakan antarabangsa dan tempatan


‘IFTAR’ @ Terazza Brasserie 
Dengan tema malam Terazza Brasserie ini, Iftar menyediakan hidangan tempatan dan antarabangsa daripada pembuka selera, sup dan hidangan utama untuk pencuci mulut.






Terdapat pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Briyani Gam Ayam, Kambing Panggang, Sate Ayam dan Daging, Murtabak Ayam dan pelbagai lagi.. kau tengok pun selera kan..apatah lagi kalau depan mata..confirm-confirm semua ko akan bedal..hahaa..tapi bulan puasa nanti jangan terlalu tamak..kihkihkih..





Bab ni takkan lupa iaitu bahagian pencuci mulut. Penting selepas makan, nak makan benda-benda ringan takpun sebelum makan-makanan berat nak cari kuih muih dulu. Dekat sini  tetamu boleh menikmati
pencuci mulut seperti puding Terazza yang terkenal roti, Penget keledek,  jeli buah-buahan dan kuih-muih



Salah satu yang membuatkan korang pasti akan tertarik untuk berbuka puasa di Hotel Dorsett Grand subang ni ialah Sup Gear Box mereka..perghh..hirupp jangan tak hirupp..Sup Gear box merupakan menu istimewa bulan Ramadhan tahun ni di hotel ni. Dengan rasa yang cukup, sedikit pedas, barulah terangkat..Daging dia memang lembut..Sup Gear Box ni mengambil masa untuk didihkan bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk dan enak dan sumsum bergelatin yang banyak untuk dinikmati.

'Majlis berbuka puasa dan' @ Terazza Brasserie adalah tempat yang sesuai untuk makan di bulan Ramadhan bagi mereka yang ingin menikmati dan  meluangkan masa berkualiti dengan orang yang tersayang.
Dengar harga RM150 nett seorang pengunjung 

‘Selera Bonda’ at Melati 
Ini pula hidangan melayu. Kot0kot ada yang tak mampu masuk makanan antarabangsa, jangan risau, ada juga menu melayu untuk para tetamu. Antara menunya ;






Pada akhir malam beberapa pengunjung bertuah mungkin membawa pulang hadiah dari cabutan bertuah. Mungkin perjalanan ke Phuket?Pada RM140.00 nett seorang.

Pengunjung  boleh menikmati buffet ini pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Untuk tempahan boleh hubungi +6 03 5031 6060 Ext. 1912. Hah berita baik, siapa yang tempah awal akan mendapat diskaun 25% daripada harga biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi kami, sila e-mel kepada info.subang@dorsetthotels.com atau hubungi +6 03 5031 6060.





Malam itu,tetamu akan dipersembahkan dengan beberapa orang artis, antaranya Jaafar Onn, Maya, Rohana Jalil, Ayu dan ramai lagi. hah sambail makan sambil tengok artis nyanyi..best tak..

  
Jangan lupa masukkan Hotel Dorset Subang sebagai tempat menu berbuka korang.


                                               untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:
03-50316060 ext 1912
emel: info.subang@dorsetthotels.com
web: dorsetthotels.com/malaysia/subang



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. Banyaknya makanan, tambah-tambah dah nak dekat puasa ni kan? Makin rambang mata usha tempat makan yang best2. Tempat ini macam menarik kalau buat berbuka puasa bersama keluarga. :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh ada sup gear box. bestnyaaa

    ReplyDelete
  3. wahh..macam2 ada.sedap2 plak tu

    menarik ni..belum pernah cuba lagi

    Jemput singgah http://www.maisarahsidi.com/2015/06/madeena-skincare-by-helenz-signature-hilangkan-jerawat.html

    :)

    ReplyDelete
  4. awal2 dah nampak satey...dengan sup dia..wah..terliur tau..

    ReplyDelete
  5. pergh! hebat. memang masa ni lah sapa yang kaki makan tu will listingkan nak berbuka dekat mana kan. hehe.

    ReplyDelete
  6. patutlah seratus lebih satu orang pasal ada artis jemputan.

    ReplyDelete
  7. sup gearbox tu yg plg mengancam tau ...

    ReplyDelete