hai assalammualaikum


Check Up Kali Ke Tiga ; Suntikan Kancing Gigi - Macam biasalah rutin ibu hamil setiap bulan ialah membuat pemeriksaan. Takleh miss pun sebab nak tau perkembangan bayi dan ibu supaya sentaisa sihat dan dalam keadaan baik. Sekarang nad dah masuk 23 minggu bersamaan 5 bulan..alhamdulillah baby dengan mummy dalam keadaan baik. Dah 12 Ramadhan harini, nad masih kuat lagi puasa, baby pun sangat behave..sebab mummy dah cakap kita puasa penuh erk..hahhaha..mummy lagi aktif..nak kemas itu ini..tak boleh nak tengok rumah bersepah.

Sebenarnya nak cerita haritu buat check up kali ketiga, sampai sana, macam biasa mula-mula check benda yang sama. Check tekanan darah, berat, air kencing, ukur perut. Tapi tiba-tiba nurse cakap " semua sihat, baby ok, kandungan pun dah masuk 23 minggu..jadi bolehla buat suntikan kancing gigi"..erk..alamak kene suntik lagi ke..ingat masa mula-mula je kene buat lepas tu dah takda.(almaklumla pertama kali mengandung..ape kita tau)...huaaa..sangat tak suka kene suntikan ni..dengan jarumnya tu..tapi nak taknak kene buat jugak sebab sangat wajib suntikan Kancing Gigi ni ok..demi keselamatan baby.

Kenapa perlu suntikan Kancing Gigi?
Mestilah sebagai ibu nak tau untuk apa Kancing Gigi ni kan..informasi u alls so boleh kongsi dengan korang..walaupun korang dah tau..hahaha..Nurse tu cakap suntikan ni bertujuan membentuk antibodi bagi melindungi diri dan bayi dlam kandungan daripada kuman yang mudah dijangkiti melalui semasa bersalin. Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Kancing gigi boleh mengakibatkan keretakan di tulang belakang, keregangan tendon, kesukaran untuk makan, kegagalan jantung dan trombosis. merupakan salah satu penyakit bahaya yang boleh membawa maut dan juga menjadi punca kematian di Asia dan juga Afrika. nak tau lebih lanjut boleh baca SINI


Lepas je kene suntikan..pergh 2 hari lenguh tangan ni ha..nurse cakap memang akan lenguh selama dua tiga hri gitu..part macam ni memang tak suka..sobsobsob..nak pakai baju pun susah..nak buat kerja lagila..yang jejaka mafia boleh pulak risau tahap teruk..hahaa..siap cakap "jomla pergi klinik, kenapa boleh macam ni"..lepas je nad cakap nurse cakap memang dua hari lenguh macam ni baru dia paham..apa-apa masa lenguh tu mintak dia tolong la..lepas je dua hari memang hilang lenguh dah..huhuhu...sekrang dah  5 bulan dah..semua cakap macam 2 bulan..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. sepatut nya kena 2 kali suntikan.. kak yoorin kena sekali je..sebab nurse lupa.. huhu..geram betul.. sampai kesudah bila transfer klinik dah nak bersalin bising pulak klinik yg kt kg ni.. takut time bersalin kancing je.. huhuhu/

    ReplyDelete
  2. a ah la kecik comel je perut tu hihi...sy skrg dh 6bln tp mcm dh sarat...perut besar ekeke..sy pn nt nak kena cucuk kancing gg jugak.aduh xsuka la sbb sengal/skt hehe

    ReplyDelete
  3. yeayyyy dah nampak dah baby bump tu dah....

    ReplyDelete
  4. Badan nad kurus tu yang perut kecik comel je..hehhe..dah 5 bulan dia dah start tendang2 la ..best kan??hehe

    ReplyDelete
  5. Badan nad kurus tu yang perut kecik comel je..hehhe..dah 5 bulan dia dah start tendang2 la ..best kan??hehe

    ReplyDelete
  6. comelnya lahai mommy nie

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2