JIKA DIA ADA PASTI LAGI MERIAH

in , , by Nadia Johari, 12:29:00
hai assalammualaikum

Jika Dia Ada Pasti Lagi Meriah - Dah dekat dua tahun jugakla dia pergi meninggalkan kami. Seminggu selepas kami bertunang, dia pergi mengadap ilahi. allah lebih sayangkan dia. Arwah tau dah ada orang akan jaga anaknya yang degil tu...heeeheh.Ibu mertua, itulah perkataan yang selalu menantu dok fikir. Boleh ke ngam dengan ibu mertua nanti bila duduk sebumbung. Masa tu nad pikir nad tak kisah duduk sebumbung, nak taknak kene duduk jugak kan sebab syurga isteri di bawah telapak kaki suami..dah suami tinggal dengan mummy..so follow jele....tapi semua tu tak dapat. 

kenangan gambar masa bertunang..

Sayu rasa hati ni, baru nak merasa macam mana jadi seorang menantu. Baru nak merasa bergurau dengan arwah, baru nak merasa pergi terawih sesama, makan bersama, buat itu ini bersama. Baru nak merasa di bawak ke sana sini, dikenalkan dengan jiran-jiran. Tapi semua tu..ermmm..tau-taula orang muda, kalau tinggal berjiran, nak tegur pun tak tau nak cakap apa..senyum jele..kalau ada orang lebih tua, deme la yang dok bgtau sana sini..sebab diaorangla paling lama duduk sini...pernah sebelum terfikir, nad berangan, masak sama-sama, buat kek sama-sama..belajar menjahit..sebab apa yang nad tengok dalam rumah ni, khazanah dalam rumah ni banyak yang arwah buat sendiri..tapi semua tu  tak sempat..

Sebelum kawin, sebelum keluar dating, mesti singgah rumah mr mafia, borak dengan arwah mummy. Arwah mummy ni memang cerewet sikit, tengok gaya pun dah tau..tapi cerewet dia takde melampau. Nad ni pun mulut laser.haahha..memang boleh ngam la.. Dia ni suka berborak. Kadang-kadang nad pun tak tau cerita apa yang diborakkan tu..hhahahhaa.. semuanya tinggal kenangan..kisah arwah mummy ada nad ceriat dekat SINI


Keluarga mr mafia kecik je. dia ada tiga orang adik beradik. Semuanya lelaki..yang nad pulak dari keluarga besar dan suka bergurau. Bila masuk dalam keluarga mr mafia ni macam lain suasana..yela masing-masing dah kawin dan dah ada rumah sendiri. Jadi bila masa terlapang la baru dapat bersama. Lagi-lagi bulan bila bulan puasa, berbuka berdua je mana best kan..mesti nak ramaia-ramai baru meriah. Bila ada kesempatan ajak diaorang berbuka bersama. Kalau ade arwah mummy pasti meriah jugak..sorang lagi adik mr mafia dekat pahang..dia tinggal sana..so tak dapat join.


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Nadia, sebak kak ju baca...nadia, Allah ganti rezeki lain dkt nadia...baby coming soon!

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan kak nadia.a..lama tak jumpa... :)

    ReplyDelete
  3. Sekurangnya nad dpt mrasa juga ksh syg dri mak mentua kan

    ReplyDelete
  4. sedih la baca entry2 mcm ni time2 pose ni.. hopefully miszrockers tabah ye, x mau tension2 ceria2 selalu :)

    ReplyDelete
  5. Al fatihah.. sdih lak bc..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2