hai assalammualaikum

Persiapan Raya Yang Sederhana - Sofa baru!! Langsir baru!! Karpet baru!!..kalau boleh semua nak baru..bila dah nak dekat raya ni, kalau boleh semua nak tukar. Biasalah raya setahun sekali kan. siapa yang taknak tukar baru..takkan nak sama je kan..tapi bagi nad, semua persiapan simple je. Ada yang beli baru tapi cuma sikit je..berjimat katakan..barang makin naik kan..huhuhu..Hasil peninggalan arwah mummy, seperti langsir, lapik, tikar, yang masih lawa nad gunakan. Tahun ni banyak pikir baby je..hehehe

Shoping pun tak banyak. Bila dah rasa tak lawa, baru nad tukar beli baru. Mestilah nak bagi rumah kelihatan kemas kan. setakat beli benda-benda murah boleh lagi..Nad suka kemas awal sebab malam raya boleh relaks je..hehee..tahun ni lambat sikit buat rendang sebab akan beraya di kampung..kang masak awal basi kan..jadi lepas balik raya di kampung baru buat rendang tu, sebab mr mafia suka makan rendang tu...

gambar contoh google

Baju raya nad pakai apa yang ada je..cuma tahun ni beli kain je. Susah sangat nak cari baju ibu mengandung ni..heeheh..lagipun kan nak jimat..apa yang ada, kita pakai jele. Jangan membazir..tengok almari pun dah penuh dengan pakaian..ayoyoyo..Lagi satu baju lama yang dulu terbeli besar, nad kasi alter je. Kecikkan..kan jimat kann..mungkin tahun depan baru pakai yang baru, sebab ada kain ela yang tak dihantar kedai lagi..hahaha..so tahun depan pun dah ada baju raya siap dah..ahhaha...memang takyah pikir..Kasut raya pun pakai mana yang ada je..cantik lagi...Nak tahu tahun ni fesyen baju raya macam mana..hah tunggu nanti nad update kasi tunjuk baju..hehee

gambar dari google

Kuih raya, biasalah beli tunjuk je..nak buat tak reti..lepastu kalau buat sorang-sorang mana bestt..jadi beli dekat kedai je.. Tahun ni tak beli banyak kuih raya, sebab rumah dekat kuala lumpur ni, yang datang pun kawan-kawan mr mafia..disebabkan arwah mummy dah takde, sedara pun dah jarang datang rumah. Beli mana yang perlu je..

Malam ni nak keluar, nak cari apa yang patut sambil-sambil merasa suasana nak raya ni..hehee...k korang selamat hari raya. Biarpun sederhana, asalkan hidup bahagia..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. singgah sini ! selamat berhari raya .

    ReplyDelete
  2. Samalah kita.
    Berhari raya tanpa mak memang tak berapa nak seronok.
    Alfatihah untuk arwah.

    ReplyDelete