KELEBIHAN AIS UNTUK KECANTIKAN

in , , by Nadia Johari, 12:35:00
hai assalammualaikum

Kelebihan Ais Untuk Kecantikan - Sebut je ais batu semua orang mesti tau ais ni untuk apa. Selalunya dalam kepala otak kita ais ni memang nyaman kalau dibubuh dalam air dan menjadi sejuk, bila minum je..arghhhh..lega je tekak ni..nyaman je..sejuk je..lagi-lagi time cuaca panas..tapi kadang-kadang waktu malam pun orang minum berais gak kan. Ada pulak tu suka gigit ais ni macma tu je. Buat macam snek..hahahha.

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan


Ais ni banyak kelebihannya, selain untuk menyejukkan dan menyegarkan badan malah elok untuk kecantikan.

1. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

2. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

3. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

4. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

5. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

6. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

7. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah.  Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Baru tahu rupa-rupanya ais nie bagus untuk kesihatan...Sebelum nie ramai beranggapan ais nie tak elok...Ada orang kata kalau minum air sejuk nanti perut buncitlah....Dan macam-macamlah lagi...Apa-apa pun untuk tau kebaikan semua apa yanga da di sekeliling kita..kenela banyak membaca..ye dak...hehee..

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. betul tu..semua benda ada baik dan buruk bila kita guna..kena bijak dan tahu caranya la..

    ReplyDelete
  2. bab ais selalunya masuk mulut pastu gigit jer...rupanya ada untuk kecantikan.

    ReplyDelete
  3. Patut ler, pak andam kita dulu letak ais kat muka sebelum kene solek

    ReplyDelete
  4. TQ SHARING AKAK

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. bagus ais ni selalu buh dalam air je.hehe

    ReplyDelete
  6. muja setuju sangat... ais memang best :D

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2