hai assalammualaikum

Sentuhan Suami Memberi Ketenangan - Oooppss tajuk, takleh tahan. Sorry,nad cuma nak share je dekat blog. Maaf kalau ada yang tak suka. Sebagai perempuan, mestilah nak ada seorang lelaki dalam hidup dia. Nak dibelai, disayang dan dimanja. Part paling best adalah bila dibelai dan diusap. Tapi syaratnya mestilah korang kene kawin dulu, baru best..hahaha..rasa usapan dan belaian tu lain tau..aummm..Kalau sebelum pregnant dibelai pun best apa lagi semasa hamil, masa ni la nak bermanja dengan suami..kihkih (padahal hari-hari manja)..


Sejak mengandung makin menjadi manjanya tau. yela sebab banyak perubahan yang berlaku pada diri ku ini. Semuanya hasil usaha kerjasama antara isteri dan suami..hahaha..jadi masa ni la suami pun berperanan dalam menjaga isteri tau..halooo para lelaki jangan main lepas tangan je,  bila isteri mengeluh sila-silalah beri perhatian ye. Sebab tu suami sekarang perlu banyak membaca pasal isteri mengandung, sebab perangai isteri ni kadang berbeza semasa mengandung. Jangan merungut bila isteri mengeluh tau dak..


Salah satu cara untuk membantu isteri ialah dengan usapan atau sentuhan suami kepada isteri. Sentuhan berupa usapan, picitan lembut dan pelukan. Memang tangan seorang suami ni, aura dia lain. Memang sangat menenangkan dan menyamankan. Betul nad cakap, dah nak lalui..hehee..Bila suami usap, belai, picit, hilang semua sakit, stress ni tau dak..Selalu nad akan berasa sakit di bahagian kepala, bahu dan pinggang. Lepas tu nad akan suruh mr mafia urutkan atau usap. Masa tu lega sangat sebab tangan suami ni ada aura tersembunyi yang membuatkan wanita berasa lega..hehehee. Usapan dan picitan seorang suami yang ringan dan rasa kasih sayang mampu mengurangkan perasaan stress dan mengurangkan kesakitan. Kadang-kadang time dia picit sampai boleh tertido. 


Tips sentuhan suami memberi kesan positif
- Lakukan sentuhan dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Masa nak mengurut atau mengusap tu biarlah belai dengan ikhlas, bukan terpaksa
- Pastikan fikiran suami tidak kesana kemari, fokus dekat isteri je. Bukan main game dekat tangan pastu satu lagi tangan usap isteri.
- Lakukan sentuhan dengan tenang dan pasang niat untuk kebaikan isteri dan bayi dalam kandungan.
- Selain sentuhan, kata-kata yang menenangkan itu penting.

Cepat-cepat kawin, nanti dapat rasa macam ni..ehhee


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Beruntg dpt suami yg mmahami kan..

    ReplyDelete
  2. Memang masa ngandung sana sini sengal..mmg sedap kalau suami yg urutkan ;)

    ReplyDelete
  3. Uwww.... Romantiknyaa... Nak gaakkkk!!!! Hurghhh...

    ReplyDelete
  4. very the agreed sangat nad.

    saya dua kali preg dua kali la dapat manja dengan over kat en suami.hehe

    anyway salam perkenalan. nice blog anyway:) jemput singgah & follow blog saya juga ye .

    ReplyDelete