hai assalammualaikum

Percutian Tanpa Dirancang Ke Sungai Congkak - Hah!! Memnag tak rancang pun ni semua dengan keluarga. Betul orang cakap, kalau kita tak rancang, semua mnejadi. Cuba rancang..mesti ade je tak kenanya. Hari ahad, keluarga nad datang rumah nad dekat kuala lumpur. Biasalah atok dengan nenek rindu dengan cucunya yang gendut ni..bukan setakat atok tapi sepupu sepapat fariza jugak rindu dengan dia..hahha.. cadang nak tido dekat rumah nad. Yela cuti tahun baru cina, jalan kuala lumpur la.


Lepas tu hari Isnin pikir, takkan nak duduk rumah je kaann.. dah datang kuala lumpur semata nak duduk rumah. Bosan weii!!. Jadi mr mafia cadang pergi mandi manda dekat sungai congkak. Cakap hari isnin tu jugak. Wah!! Excited sangat..hahaha..lama tak bermandi manda ni. Lagi lama tak pergi ke sungai congkak weii..

Dari kuala lumpur nak ke sungai congkak memang sekejap..setengah jam je weii.. nad pun baru tau..masa kawin takde nak bawak jalan mnadi-manda ni, geram pun ade..hahaha..dah ade anak baru nak bawak..Jadi bertolakla kitaorang jam 11 pagi tak silap. Agaknyala..tak tengok jam pun..hahaa..


Paham-paham jela kalau dah namanya tempat mandi, mestilah ramai orang. Lagi-lagi masa cuti ni, lagila ramai orang. Tapi kalau dah excited nak pergi, dah tak heran dah. Lagi la kalau dah nampak air, batu-batu tu.




Lama jugak dapat parking. Sekarang parking kene bayar der..adoii..Lepas tu terua masuk cari tempat sesuai nak bentang tikar. Dah dapat tempat, nad yang excited..hahaha..nad memang suka mandi manda ni. Terus masuk dalam air,celup-celup kaki. Sejuknyaaa!!!.. lama tak pergi sungai congkak ni.



Layan anak buah semua. Lebih excited nak bawak  anak masuk dalam air, tapi nenek tak bagi. Kata kecik lagi. Takut sejuk. Nak mintak celup-celup kaki pun tak boleh. Adehh..tunggu jela fariza besar. Daddynya pun tak bagi..ermmm..mommy main sorang-sorang jele..cepatla besar..leh mandi sesama ye fariza..gembira bersama..hahaha..masa mengandung dah suka berenang, fariza pun ikut suka main air.. sebab bila nak mandikAn dia, dia mesti suka..hehe



Ok dah berseronok balikla..wah have sangat cuti ni..korang pulak buat ape.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. best sini. tp sejuk sgt air nya liz tak tahan. masa tu petang dah

    ReplyDelete
  2. waaaa bestnya... port sebelah mana ni nadia??

    ReplyDelete
  3. Bila dapat mandi sungai kat sini.. Lama dah asyik cakap kat kawan2 nak mandi berkelah kat sini.. Still tak pergi lagi huaaaa

    ReplyDelete
  4. seronoknya mandi air sungai! bila dapat pergi camni lg

    ReplyDelete
  5. awas kencing tikus...musim panas kalau boleh jgn mandi air terjun la...

    ReplyDelete