hai assalammualaikum

Seminar Dari Wanita Untuk Wanita - Nad akui bukan mudah kehidupan kita setelah meningkat dewasa. Makin dewasa makin besar tanggungjawabnya. Macam-macam perkara perlu difikirkan seperti kewangan, keluarga dan rutin harian.

DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN

Kalau dulu ketika remaja, nad masih tanggungjawab ayah dan mak. Semua benda dah diuruskan. Tapi semenjak dah bergelar isteri, baru nad paham bukan senang nak uruskan semua dalam satu masa.


Lagi sekarang nad dah jadi ibu. Pergh!!! memang tak terkata, sana sini nak kene buat. Walaupun surirumah, tapi nad pun ada buat pendapatan dari rumah melalui blog. Semua nak kena uruskan, hal rumah, hal anak, suami lagi. Jadi isteri, jadi ibu dan businesswoman dalam satu masa, memang besar tanggungjawabnya.

HIDUP BEKERJAYA YANG PENUH TEKANAN


Ni baru surirumah, cuba fikir yang bekerjaya dan mempunyai keluarga.?? Sekarang ramai di kalangan wanita mempunyai kerjaya sebagai pemimpin, organisasi syarikat dan kakitangan, malah ada yang membantu menambah pendapatan suami, dan ada juga menanggung sepenuhnya sumber ekonomi rumahtangga.Tuntutan di tempat kerja pula menjauhkan diri wanita daripada urusan rumahtangga sehingga sukar meluangkan waktu bersama keluarga.

Malah kegagalan sebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak atas dasar kesibukan kerja di luar rumah sering dikaitkan dengan punca gejala sosial. Dan terjadilah keretakan rumahtangga. Itu yang kita taknak kan!!..

Apakah puncanya?? Puncanya kita tak tau macam mana nak uruskan semua benda dengan betul dan tak tau nak bahagikan masa untuk diri dan keluarga. Nad "salute" mereka yang mampu membahagikan masa dengan baik, tapi tak semua wanita mampu lakukan..

Bila sebut wanita, mesti nak nampak cantik, disebabkan tekanan dalam hidup, nak uruskan diri sendiri pun tiada masa.
 Sebab tu, bila kita nampak, banyak yang dah jadi ibu ni, penampilannya dah tak sehebat masa waktu remaja.

SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA - KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA

 Situasi macam ni, .semua faktor perlu diambil kira. Bukan sahaja kecantikan fizikal malah kecantikan dalaman seperti tahap kesihatan, makanan rohani atau spiritual perlu dititiberatkan. Sebagai wanita, kita mesti nak semua "perfect" dalam kehidupan, tapi tak tau bagaimana???Sebab itu kita, kaum wanita perlu mendapat ilmu yang betul untuk dijadikan budaya hidup. 


 Wanita yang bijak mampu mencapai kebahagiaan dan mempunyai kerjaya yang hebat. Jom ikuti ke satu seminar khas buat wanita. Tidak kira mereka yang bergelar suri rumah, pelajar atau yang bekerjaya. SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA : KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA. 

Sebab apa perlu pergi ke seminar ini?? 
1) berkongsi banyak tips-tips yang merangkumi semua kehidupan daripada sudut fizikal dan mental
2) Panel-panel jemputan yang bertauliah dan disegani semua orang
- Dr Robiah K. Hamzah : Pakar Motivasi dan kaunselor keluarga
- Dato Dr Nora Ashikin : Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora.
- Datin Sri Dato Dr Fadzillah Muhammad Ali - Pakar Motivasi dan Aktivis
- Ibu Halimah : Usahawan daripada Jamu Mak Dara.
3) Berkongsi bagaimana hendak berjaya dalam hidup disamping membahagikan masa dengan betul.
4) Cara menangani perkara tanpa tekanan.
5) Mempelajari teknik merias wajah dengan betul

Seminar akan diadakan pada:
Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)
Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur
Masa: 8 pagi hingga 5.45 petang

Bayaran hanya RM200 seorang, TAPI kalau ada satu kumpulan 10 orang, bayaran hanya RM180 seorang. Hah, lagi senang bawak ramai-ramai ada geng. Badan-badan korporat, agensi kerjaaan dan swasta digalakkann menghantar atau menaja peserta dikalangan ibu tunggal, golongan asnaf dan persendirian. Seminar pu bagus. Daftar Sebelum 26 Mac 2016.

Hah macam mana.. Berminat utk mengetahui dgn lebih lanjut?  Sila hubungi...
Pengarah Program Puan Normala Hamzah (0192683579)
Rahana MD (012 2813848) 
Huda Khalid (0123031005) dari Huda Hana Media Communications
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Bagus seminar ni. Memang tekanan kalau tak reti nak urus masa.

    ReplyDelete
  2. Menarik! cabaran wanita di zaman ini memang mencabar, justeru wanita-wanita memang digalakkan untuk sertai seminar ini

    ReplyDelete
  3. Menarik seminar nie,memang sesuai untuk semua wanita..

    ReplyDelete
  4. Kak julia suka sgt dgn penceramah umi dan lain2...mmg bersemangat tinggi kalau dengar lecture dia...rekemen sgt korang hadir seminar ni tau

    ReplyDelete
  5. macam menarik je kan.. hehehe rasa nak pergi pulak

    ReplyDelete
  6. Best la. Wanita utk wanita seminar, lebih senang difahami.

    ReplyDelete
  7. Bagus seminar2 macam ni,dpt meningkat kembali semangat kita..lg seronok klu dpt join.. ;)

    ReplyDelete
  8. Seminar macam ni mmg sgt digalakkan utk wanita tak kisahlah dh kawen ke belum kan? Nnt nk try usha usha la tiket ni hehe

    ReplyDelete
  9. Cabaran untuk ibu yang berkerjaya..untuk uruskan masa dengan betul antara urusan keluarga & pejabat..dua2 kena seimbang..

    ReplyDelete
  10. macam menarik ja, klu ada rezeki teringinlah nak pergi;)

    ReplyDelete
  11. Teringin nak pwgi seminar ni tpi masa ni masih d kg..

    ReplyDelete
  12. bagus seminar ni bagiibu2 yang bekerja ..alhamdulillah MV dapat menjalani kehidupan sebagai seorg ibu bekerja & suri rumah

    ReplyDelete
  13. Seminar gini dpt didik kita sbg ibu bapa kpd ibu bapa positif

    ReplyDelete