Articles by "seminar"
Showing posts with label seminar. Show all posts
hai assalammualaikum

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma - Kalau kita tengok sekarang, ramai untuk memilih mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja sendiri. Sebab boleh nampak kepuasannya, bila kita melihat produk yang kita jual tu laris dengan pendapatan yang mengagumkan. Nad pun teringin nak jadi ahli usahawan yang berjaya, lagi best kalau ada produk sendiri. Nad sendiri amik kos keusahawanan semasa belajar dahulu. Tak dinafikan, nak jadi seorang usahawan bukan mudah, kena ada ilmu dari segi pembuatan, pemasaran, pembungkusan, strategik..

Selain itu, kena kuat dari segi fizikal dan mental. Tapi..bila difikirkan balik semua tu memerlukan duit. Sebut duit je, mesti muka akan mencuka..huhuhu.. Hah!! jangan risau..ni nad nak bagitau berita gembira sangat-sangat..Nad ada dapat maklumat mengatakan ada satu pihak NGO ingin menaja sepenuhnya kepada mereka yang berminat ingin menjadi pengasas produk. Nak tau siapa??..hah ni peluang untuk mereka yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang usahawan ni. Sesuai untuk mereka yang
1) Mereka yang baru habis belajar ( graduan baru )
2) Mereka yang sedang memburu kerja
3) Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
4) Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
5) Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma


Hah!!, ni la pihak NGO yang berbesar hati untuk menaja korang tu. Pihak MVM (Muslim Volunteer Malaysia) sebuah badan NGO dengan kerjasama MOHA GROUP berbesar hati mengadakan bengkel untuk memulakan bisnes sendiri iaitu MVM Apprentice. #MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda. Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD

Ini peluang buat anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini. Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.

Tiga Panel Jemputan MVM Apprentice


Panel-panel yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan tips untuk menjadi usahawan yang berjaya..

YAYA MOHAMAD

Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Syarat Program
- Anda mestilah berusia 21 – 28 tahun
- Bagi anda yang berminat untuk sertai “Preview MVM Apprentice 2.0” pihak MVM telah melonggarkan  beberapa syarat untuk anda,
SEBELUM SELEPAS
Minimum CGPA 3.0 Minimum CGPA 2.5
21-25 TAHUN 21-28 TAHUN

MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh: 29 Mei 2016
Hari: Isnin
Masa: 9 pagi –3 petang
Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD
Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
Pendaftaran: 019 – 387 4397 Atiqah

Cara Mendaftar

Whatsup : Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh anda ke no 019 – 387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"
Facebook : Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB " Preview MVM Apprentice 2.0
Website ; Maklumat lanjut di website https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645
Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.
hai assalammualaikum

Seminar Dari Wanita Untuk Wanita - Nad akui bukan mudah kehidupan kita setelah meningkat dewasa. Makin dewasa makin besar tanggungjawabnya. Macam-macam perkara perlu difikirkan seperti kewangan, keluarga dan rutin harian.

DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN

Kalau dulu ketika remaja, nad masih tanggungjawab ayah dan mak. Semua benda dah diuruskan. Tapi semenjak dah bergelar isteri, baru nad paham bukan senang nak uruskan semua dalam satu masa.


Lagi sekarang nad dah jadi ibu. Pergh!!! memang tak terkata, sana sini nak kene buat. Walaupun surirumah, tapi nad pun ada buat pendapatan dari rumah melalui blog. Semua nak kena uruskan, hal rumah, hal anak, suami lagi. Jadi isteri, jadi ibu dan businesswoman dalam satu masa, memang besar tanggungjawabnya.

HIDUP BEKERJAYA YANG PENUH TEKANAN


Ni baru surirumah, cuba fikir yang bekerjaya dan mempunyai keluarga.?? Sekarang ramai di kalangan wanita mempunyai kerjaya sebagai pemimpin, organisasi syarikat dan kakitangan, malah ada yang membantu menambah pendapatan suami, dan ada juga menanggung sepenuhnya sumber ekonomi rumahtangga.Tuntutan di tempat kerja pula menjauhkan diri wanita daripada urusan rumahtangga sehingga sukar meluangkan waktu bersama keluarga.

Malah kegagalan sebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak atas dasar kesibukan kerja di luar rumah sering dikaitkan dengan punca gejala sosial. Dan terjadilah keretakan rumahtangga. Itu yang kita taknak kan!!..

Apakah puncanya?? Puncanya kita tak tau macam mana nak uruskan semua benda dengan betul dan tak tau nak bahagikan masa untuk diri dan keluarga. Nad "salute" mereka yang mampu membahagikan masa dengan baik, tapi tak semua wanita mampu lakukan..

Bila sebut wanita, mesti nak nampak cantik, disebabkan tekanan dalam hidup, nak uruskan diri sendiri pun tiada masa.
 Sebab tu, bila kita nampak, banyak yang dah jadi ibu ni, penampilannya dah tak sehebat masa waktu remaja.

SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA - KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA

 Situasi macam ni, .semua faktor perlu diambil kira. Bukan sahaja kecantikan fizikal malah kecantikan dalaman seperti tahap kesihatan, makanan rohani atau spiritual perlu dititiberatkan. Sebagai wanita, kita mesti nak semua "perfect" dalam kehidupan, tapi tak tau bagaimana???Sebab itu kita, kaum wanita perlu mendapat ilmu yang betul untuk dijadikan budaya hidup. 


 Wanita yang bijak mampu mencapai kebahagiaan dan mempunyai kerjaya yang hebat. Jom ikuti ke satu seminar khas buat wanita. Tidak kira mereka yang bergelar suri rumah, pelajar atau yang bekerjaya. SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA : KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA. 

Sebab apa perlu pergi ke seminar ini?? 
1) berkongsi banyak tips-tips yang merangkumi semua kehidupan daripada sudut fizikal dan mental
2) Panel-panel jemputan yang bertauliah dan disegani semua orang
- Dr Robiah K. Hamzah : Pakar Motivasi dan kaunselor keluarga
- Dato Dr Nora Ashikin : Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora.
- Datin Sri Dato Dr Fadzillah Muhammad Ali - Pakar Motivasi dan Aktivis
- Ibu Halimah : Usahawan daripada Jamu Mak Dara.
3) Berkongsi bagaimana hendak berjaya dalam hidup disamping membahagikan masa dengan betul.
4) Cara menangani perkara tanpa tekanan.
5) Mempelajari teknik merias wajah dengan betul

Seminar akan diadakan pada:
Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)
Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur
Masa: 8 pagi hingga 5.45 petang

Bayaran hanya RM200 seorang, TAPI kalau ada satu kumpulan 10 orang, bayaran hanya RM180 seorang. Hah, lagi senang bawak ramai-ramai ada geng. Badan-badan korporat, agensi kerjaaan dan swasta digalakkann menghantar atau menaja peserta dikalangan ibu tunggal, golongan asnaf dan persendirian. Seminar pu bagus. Daftar Sebelum 26 Mac 2016.

Hah macam mana.. Berminat utk mengetahui dgn lebih lanjut?  Sila hubungi...
Pengarah Program Puan Normala Hamzah (0192683579)
Rahana MD (012 2813848) 
Huda Khalid (0123031005) dari Huda Hana Media Communications
hai assalammualaikum

Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani - Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Saban tahun, kita pasti akan mengimbau dan mengiktibari peristiwa hebat yang telah menjadi asas kepada gemilangnya syariat Islam ke seluruh alam. Syariatnya abadi menerangi kehidupan menjadi rahmat seluruh insan.


Sebagai sebuah negara Islam, kita sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Rasulullah SAW bagi memberikan kita momentum berganda untuk terus melakukan transformasi. Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH,
 Ceramah dan Zikir Perdana Hijrah bertemakan "HIJRAH ROHANI".
Program ini berlangsung pada
Tarikh : 25 oktober 2014 
Tempat : Padang SMK Tengku Temenggong Ahamd Kundang Ulu, Ledang Johor.  

Ceramah ini akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri,Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Barisan Selebriti yang turut serta
- Ustaz Kazim Elias
- Ustaz Haslin Baharim
- Ustaz Amaluddin
- Ustz ZulkifliHamat
- Im Hizbur
- PU Rahmat
- PU Yeop
- PU Fakrul
- PU Suffian
- PU hafiz

Artis
- Mawi
- Fizo Omar
- Iwan Syahman
- Ayai Ilusi
- Daqmie
- Haziq AF
- Silah KE3

Siapa-siapa yang berdekatan bolehla datang ke sini.