hai assalammualaikum

Masker Safi Meremajakan dan Mencerah Kulit Wajah - Sebut masker, nad memang suka pakai masker. Sebelum ni, nad pakai masker jenis sapu dekat muka. Lepas tu nak menariknya punya sakit..hahhaa..Lepas tu buat mask buatan sendiri, mask kunyit..konon nak jimat..mask bahan semulajadi ni kan bagus..Tapi lepas tu tak pakai dah sebab malas nak sapu..hahha..Lepas tu nad cuba pakai masker yang tampal terus ni. Senang je pakai, terus lekat dekat muka tunggu sampai kering dan tanggal.

Kenapa perlu pakai masker wajah?? Adakah sebab untuk memperbaiki kulit atau ingin kelihatan lembap dan muda sentiasa??. Setiap masker ada fungsi masing-masing. Yang penting masker wajah mempunyai pembersihan yang mampu menyegarkan dan menyelesaikan kulit bermasalah. Dalam penjagaan muka, jangan lupa masker wajah, walaupun dipakai 2 kali seminggu. Bagi mendapat kecantikan yang menyeluruh.

Faedah menggunakan masker 
- mudah digunakan
- melembapkan kulit sehingga 24 jam
- mengurangkan garis-garis halus dan mengelakkan kekusaman kulit.
- mengecilkan pori agar wajah lebih licin
- wajah akan tampil lebih sihat dan bermaya, anjal dan cerah berseri.


Salah satu jenama produk yang dikenali iaitu Safi telah mengeluarkan masker penjagaan wajah bagi melengkapkan rejimen penjagaan wajah. Safi makin lama makin memahami wanita. Akan ada sahaja produk yang dikeluarkan. Suka sangat bila dapat tau Safi keluarkan masker ni. Bukan satu masker, tapi dua jenis masker wajah yang dikeluarkan iaitu Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold dan Masker Pencerah Safi Balqis White Trilogy. 

Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold



Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K dan Bio Hialunorik dengan vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu dan kusam, serta sentiasa segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher.

Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah.

Harga RM 6.90 ( 22ML )


Nad dah pakai masker wajah Safi Rania Gold ni. Memang masa pakai sedap je..sejuk..Memang dia basah, tapi basah itulah yang akan melembapkan kulit kita. Bila tanggalkan tak perlu basuh, sapu je lembapan tu dekat kulit muka kita sampai meresap..esok pagi segar terus muka..


Fariza tak kenal mommy dia..hahaha..kejap pandang, kejap pandang tempat lain..hehhee..

Masker Pencerah Safi Balqis White Trilogy



Manjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kukit bagi menghasilkan kukit wajah yangbhalus dan cerah dengan efektif.

Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah anda terasa lembap dan lembut.

Harga RM 5.90 ( 17ML )



Cara penggunaan
1) bersihkan wajah, kemudian keluarkan masker.
2) Lekapkan masker pada wajah dengan rapi dan rata di seluruh wajah. Kadnag nad pakai senget benget tapi penting melekap dekat seluruh wajah.
3) Biarkan masker dan rehatkan diri selama 15-20 minit. Masker Safi ni nad pakai memang tak kering. Jadi lepas 20 minit tanggal je..
4) Tanggalkan masker dan urut baki pelembap sehingga meresap ke dalam kukit muka dan tidak perlu dibilas.

Produk Safi boleh didapati diseluruh Malaysia termasuk farmasi dan pasaraya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.safi.com.my














SHARE 6 comments

Add your comment

  1. salam ramadhan,
    salam sahabat,
    singgah...

    ReplyDelete
  2. Fariza tengok maknye jadi pontianak tu.. wakaka

    ReplyDelete
  3. Hahahha suka tgk baby fariza tu...tergamam haaaaaa...

    ReplyDelete
  4. memang sesuai sangat untuk orang rumah ni...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2