hai assalammualaikum

Sayang Seorang Bapa - Kita selalu labelkan, ayah, bapa, papa, daddy, abi ni seorang yang sangat garang dan sifat pemarah yang tinggi. asal salah sikit, melenting dan dirotan. Namanya seorang bapa, ayah, daddy,..mestilah menunjukkan sifat yang tegas, supaya anak-anak ada juga sifat takut dan dengar cakap mereka. Itulah tanggungajawab mereka, garang bukan sebab tak sayang, tapi diaoranglah yang paling sayangkan anak-anak mereka. Serius, betul nad cakap. Garang diaorang sebab sayang, garang diaorang untuk mengajar. Mengajar untuk menjadi lebih baik. 

Pernah nad teringat masa kecik, memang takut dengan ayah, sebabnya ayah garang sangat..hahaa..apa-apa mesti jumpa mak dulu. Tapi, setiap kali keluar, ayah mesti belanja makan dekat kedai-kedai biasa je. Kalau nak baju ke seluar ke,mintak sahaja dengan ayah..hahhaa.. Masa kecik memang tak tunjuk sayang tu, tapi semakin kita dewasa, kita makin nak jauh dengan dia, dia akan tunjuk sifat sayang tu.

Ayah akan mula bergurau dengan kitaorang adik beradik. Kalau dulu nak bergurau pun payah..hahaa..sekarang pun masih ada lagi garang dia sebenarnya..tapi tak banyak..Bila balik kampung, cium pipi lagi dengan ayah. Bila fikir balik, memang ayah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Membesarkan kami. Kerja dengan mak, bawak lori, jual barangan dapur, basah dan kering. Setiap pukul 4 pagi dah bangun, lepas tu berkemas, pergi ke pasar, lepastu baru pergi menjual di Shah Alam. Sampai sekarang masih menjual lagi. Itulah ayah.


Mr mafia pulak, fuh..lagi takut...garang yang amat..hahaha..Dia dah start mengajar Fariza, dah mula didik Fariza. Bagi dia, ajar dari sekarang bagus, biar Fariza dah besar tak susah nak di didik. Sekurangnya dia dah dengar kata. Contoh, masa Fariza nak main kipas yang sedang berpusing, dia akan tinggikan suara, ketuk tangan anak ( takdela kuat). Fariza paham, bila dah dibuat macam tu, setiap kali dia nak pegang, kita angkat tangan, mata die dah berkedip-kedip takut..hahaha..lepas tu dia larila..kadang dia tak paham lagi..sebab tu kena bagi paham.

Kita sebagai maknya mesti la rasa kesian ke anak, sebab dimarah macam tu, tapi kita tau niat dia untuk mengajar. Kadang-kadang nad marah juga mr mafia..hahaha..Mr mafia tau permainan apa yang sesuai untuk Fariza supaya dia belajar. Mr mafia ni beli mainan bukan sekadar untuk dia bermain, tapi supaya Fariza belajar sekali. Mr mafia selalu akan berfikir benda yang terbaik untuk anak dia. Selalu pesan dekat nad, layan anak macam kawan, sebab anak takkan malu nak cerita macam-macam. Gitulah..

Sempena Hari bapa ni, nad nak ucapkan, Selamat Hari Bapa kepada ayah dan husband. Untuk ayah, terima kasih sebab menjaga dari kecik sampaila ke besar. Untuk mr mafia, terima kasih melayan karenah anak dan isteri. Bersusah mencari rezeki..Untuk ayah dan mr mafia, i love you so much..muahh...


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. wah...asik juga pada akhirnya ada Hari Bapak....moment penting bagi kita anak-anak untukmenambah kasih dan cinta kita kepada Bapak, tidak hanya pada ibu dengan hari ibunya semata ya kak.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Hari ni hari bapa.. Baca post ini teringat bapa saya.. Rindu kat abah.. Masa kita kecil memang saya takut kat abah, padahal beliau pendiam.. Tapi best sbb saya banyak mewarisi sifat beliau.. :-)

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2