hai assalammualaikum

Salam AidilAdha - Esok, kita semua seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Macam biasa beberapa ekor lembu akan ditumbangkan. Untuk esok, nad macam biasa hanya duduk di rumah sahaja. Berkumpul bersama keluarga. Tunggu daging korban datang ke rumah..hehe


Jadi, nak hilangkan rasa bosan, kita berpantunla ye..

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya AidilAdha.

Ku pegang kau punya,
Kau pegang ku punya,
Ku ramas kau punya,
Kau ramas ku punya,
Ku goncang kau punya,
Kau goncang ku punya,
Itu tanda kita bersalaman mesra,
Mengeratkan silaturrahim antara kita.

Alhamdulillah kerana mendapat rezeki,
Hati mengucapkan rasa syukur,
Buat yang mengerjakan haji,
Semoga beroleh haji yang mabrur.

Lembu menangis tak henti-henti,
Kambing menyorok selamatkan diri,
Unta pula buat-buat mati,
Biri-biri pula tak sedarkan diri.

Lembu popular masa raya Haji,
Dagingnya sedap sampai teraangkut gigi,
Kes lembu lari pernah terjadi,
Harap-harap kali ni tak terjadi lagi.

Bila ayam dan tak selera makan,
Kambing pula resah tak keruan,
Lembu pula pura-pura buat gila,
Esok dah nak hari raya AidilAdha laa...

Hahaha..sekadar suka-suka..Selamat Hari Raya Aidil Adha..jangan lupa cerita nabi dahulu.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Nad sekeluarga.. semoga kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya... aamiin ya Rabbalalaamiin.

    ReplyDelete
  2. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete