Showing posts with label Hari Raya Aidiladha
hai assalammualaikum

Hari Raya Aidiladha 2022, Gotong Royong Buat Korban - Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , kita menyambut Hari Raya Aidiladha, atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban. Alhamdulillah, kita dapat sambut dengan penuh barakah bersama-sama. Selamat Hari Raya Aidiladha nad ucapkan kepada selurun umat Islam. Baru sempat nak cerita pasal Aidiladha, almaklumla, bila raya ni, memang malas nak hadap laptop. Tahun ni, mak, ayah dan adik buat korban, kongsi dengan adik beradik belah mak yang lain.

Macam biasa lauk Hari Raya Korban sama sahaja macam lauk Hari Raya Aidilfitri, lontong, ayam kicap, sayur lodeh dan kuah kacang. Takda lauk ni tak lengkap ye. Nad balik Sabtu malam, nad dapat cuti pun sampai hari Isnin 11 Julai 2022 je. Hari Selasa dah kena balik sebab anak sekolah. Setengah tempat masih cuti lagi, seronok la depa.
 hai assalammualiakum
 
Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah dan Murah - Teringat dulu, buat Aqiqah anak, sebelum adanya covid, semua urusan kenduri Aqiqah nad buat dekat kampung. Yela bila buat dekat kampung lagi meriah, ada orang tolong. Masa tu pun mintak tolong abang ipar uruskan bab kambing ni, sebab dia je yang tau mana nak cari kambing, tempat sembelih dan masak sekali. 
 

HARI RAYA HAJI PKPP 2020

in , by Nadia Johari, 10:57:00
hai assalammualaikum

Hari Raya Haji New Norma - Alhamdulillah, Raya Haji ni dapat balik dan bercuti beberapa hari dekat kampumg. Memamg countdown la bulan 7 tu, tak sabar nak balik kampung.. Hari Raya Aidilfitri haritu dapat balik sehari je, kali ni, 7 hari ambil cuti..Hahaha. Bila sampai masanya, gembira tak terkata. Packing baju semua. Rasa macam nak bawak satu almari.. Hahaha..
hai assalammualaikum

Lontong Wajib ada di Hari Raya - Tak kisahlah Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, bila dah namanya raya, menu ni wajib mesti ada. Kalau takda, macam rasa tak raya pulak. Antara menu wajib ada mestilah lontong, kuah sambal kacang, sayur lodeh dan ayam kicap.


Ni la lontong. Lontong ni diperbuat daripada beras, lepas tu dibungkus dengan daun pisang dan diikat. Lepas tu direbusla selama 4 jam atau 6 jam paling maksimum. Air yang direbus jangan bagi kurang, kena selalu tengok , sebab kalau kurang air takut tak masak lontong tu. Lontong ni warna hijau sebab dibalut dengan daun pisang. Kalau masak elok, memang cantik lontong, tak lembik. Nak makan pun menyelerakan..hehee..


Lontong ni selalu dimakan dengan kuah kacang, sayur lodeh dan ayam kicap. Kenyang itu sudah semestinya..Lontong ni sekarang nak makan bila-bila pun boleh..sarapan pagi pun boleh..dah ada dekat kedai..


Lagi satu menu, khas untuk mr mafia. Mr mafia biasa makan rendang, kitaorang keluarga pula jarang makan rendang dan buat rendang. Jadi, nad la yang masak rendang ni khas untuk dia.

Semua makanan ni dah habis. Jadi kita start makan daging korban pula..hehehe..selamat menjamu selera.
hai assalammualaikum

Salam AidilAdha - Esok, kita semua seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Macam biasa beberapa ekor lembu akan ditumbangkan. Untuk esok, nad macam biasa hanya duduk di rumah sahaja. Berkumpul bersama keluarga. Tunggu daging korban datang ke rumah..hehe


Jadi, nak hilangkan rasa bosan, kita berpantunla ye..

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya AidilAdha.

Ku pegang kau punya,
Kau pegang ku punya,
Ku ramas kau punya,
Kau ramas ku punya,
Ku goncang kau punya,
Kau goncang ku punya,
Itu tanda kita bersalaman mesra,
Mengeratkan silaturrahim antara kita.

Alhamdulillah kerana mendapat rezeki,
Hati mengucapkan rasa syukur,
Buat yang mengerjakan haji,
Semoga beroleh haji yang mabrur.

Lembu menangis tak henti-henti,
Kambing menyorok selamatkan diri,
Unta pula buat-buat mati,
Biri-biri pula tak sedarkan diri.

Lembu popular masa raya Haji,
Dagingnya sedap sampai teraangkut gigi,
Kes lembu lari pernah terjadi,
Harap-harap kali ni tak terjadi lagi.

Bila ayam dan tak selera makan,
Kambing pula resah tak keruan,
Lembu pula pura-pura buat gila,
Esok dah nak hari raya AidilAdha laa...

Hahaha..sekadar suka-suka..Selamat Hari Raya Aidil Adha..jangan lupa cerita nabi dahulu.



SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA

in , by Nadia Johari, 09:29:00
hai assalammualaikum


Salam Aidiladha Kepada Semua -Malam tadi keluar siap ada bakar bunga api lagi..Pagi ni dah bangun-bangun dah raya dah. Bukan raya Aidilfitri ye tapi Hari Raya AidilAdha. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selesai solat, mesti bersiap sedia nak sembelih lembu ka, unta ka..

Mesti ramai dah balik kampung. Ada gak tak balik kampung sebab cuti pendek. Nad macam baisalah balik kampung awal pagi. Dekat je kan..dekat ke??..hahahhaa..Lepas ni terus stay dekat kampung, sebab due date dah semakin dekat. Sampai la berpantang dekat sana. Tak sabar nak makan masakan mak..rinduu...

Ok korang selamat hari raya aidiladha..
hai assalammualaikum


Pada hari selasa iaitu pada hari esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban demi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Perkara-perkara yang perlu diamalkan semasa menyambut Aidiladha ialah:-

Takbir
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh. 


Solat Sunat Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

Ibadah Korban
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing. Selepas itu daging bolehlah dibahagi-bahagikan kepada orang-orang kampung. 


Di sini nad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. Ampun silap dan salah..

HARI RAYA AIDILADHA

in , , by Nadia Johari, 02:04:00
haii semuaa..assalmmualaikum..
bru muncul ni haish..selm ni sibuk..huhuhu
sibuk sembelih lmbu..hahaha (nk dkt ngn lmbu pun tkut..bukn pe tkut kne tnduk
miszrockers nak ucpkan selamat menyambut hari raya Aidiladha..
mse ni la dapat makan daging lembu kaw2 punyer..smpai munth2 pun xpe..haha..
syukur alhamdulillah..macam2 perayaan kia sambut kaann...

korang msti tau kenapa perlunyer adenya hari raya Aidiladha..??

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

 Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

 ape pun kita sebagai umat islam perlulah sentiasa mengingati kisah-kisah nabi kita dan juga Allah S.W.T...Allhuakbar..Allahuakbar...Allhuakbar...


haii lah lembu..awat hang duk ats nu..meh trun meh sayang...jgn mcm ni..nak mama critakn stu crita ke..atau nak mama nyanyikn stu lgu...hehehee...hai la lembu..time2 mcm ni ko nk naik ats tu..



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS