tyzara, tyzara shampoo, rambut gugur, pakar rambut, rambut gugur lepas bersalin, rawatan rambut gugur

hai assalammualaikum

Rambut Gugur Selepas Bersalin!! - Selalu orang cakap lepas bersalin atau lepas ada anak ni, rambut akan gugur. Kata orang tua-tua apabila anak kita dah mula pandai buat ‘buih', masa itulah petanda rambut ibu-ibu akan banyak gugur . Weii memang betul, masa tu macam terkejut beruk sikit sebab pertama kali pengalaman  bersalin kan. Manala  nad tau semua-semua tu bakal nak jadi. Bila gugur ni mula lah satu rumah kau bersepah dengan helaian-helaian tersangkut, terselit sana sini. Mana tempat kau tuju, situlah ada terselit rambut.


Ada juga ibu yang mengalami keguguran rambut sehingga hampir botak, dan salah seorang nya ialah nad..hahaa..bahagian tepi hampir botak..gilerla..kalau diikat rambut, memang nampak takda rambut dekat bahagiaan tepi..sedihh..:(. Cukup-cukupla mr mafia seorang botak, nad taknak botak..Nad ni suka bela rambut panjang, tapi kalau masalah rambut gugur ni terlalu banyak, nad terpaksa la potong rambut ni jadi pendek. Baru nak berangan rambut terbang-terbang ditiup angin ( depan suami je)..Kalau pakai tudung, terlekatla rambut gugur dekat tudung..

Tapi apa kene mengena anak menyembur dengan rambut gugur?? Nad ada terbaca satu artikel ni, ada beberapa sebab atau faktor kenapa rambut kita mudah gugur selepas bersalin:
- Perubahan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan rambut  mudah gugur.
- Selepas bersalin, para ibu mudah terdedah kepada tekanan. Tekanan menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya.
 - Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut
- Faktor usia juga memainkan peranan yang penting kerana semakin usia meningkat semakin rendah kadar pertumbuhan rambut baru.

Cara Merawat Rambut Gugur dengan Tyzara Shampoo

Sebenarnya masalah rambut bukan sekadar dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin, orang-orang yang lebih berusia tetapi juga turut dialami oleh golongan yang muda-muda. Orang lelaki pun ada masalah yang sama. Ada macam-macam tips rambut gugur dan penjgaaan rambut dekat google. Semua nak ikut, tapi kadang tak menjadi. Ada juga cara rawat tradisional, tapi kadang nad tak berapa rajin nak buat..hahaha..


Jadi cara mudah, nad memilih shampoo sebagai alternatif untuk merawat rambut gugur. Selama ni, nad pakai shampoo satu jenis sahaja, iaitu Shampoo Anti kelemumur, mungkin nad fikir, rambut gugur sebab kelemumur. Lepas nad baca blog kak nani tentang pengalaman rawat rambut gugur selepas bersalin, nad tertarik dengan shampoo yang dia pakai. Shampoo Tyzara Anti Hair Loss syampu yang mampu merawat rambut gugur.

Kelebihan Shampoo Tyzara Anti Hair Loss:
- Hair Fall Control - Rambut gugur terlalu banyak
- Anti Dandruff - Masalah kelemumur
- Oilness / Dryness Control - Rambut terlalu kering / berminyak
- Cooling & Refreshing - mampu sejukkan dan segarkan kepala, jadi kegatalan kulit kepala tiada.
- Menyihatkan Kulit kepala daripada berkerak
- Tiada lagi rambut berbau


Tertarik dengan Tyzara Shampoo ni sebab Shampoo Tyzara ni mempunyai kandungan Trifolium Pratense (clover) iaitu sejenis bunga yang bewarna merah yang fungsinya menguatkan akar rambut. Bestkan Shampoo ni, satu botol boleh selesaikan banyak masalah. Jimat kau dekat situ. Nad suka benda-benda macam ni, sebab tak perlu beli botol banyak-banyak untuk rawat rambut ni. satu botol Shampoo Tyzara dah memadai. Botol 100 ml, boleh tahan 2 bulan ok.

Pengalaman Nad Sendiri dan Perubahan Yang Di alami

Nad dah pakai shampoo ni lebih dua minggu. Mulanya pakai 2 kali sehari mengikut apa yang kawan suggestkan. Walaupun sayang nak pakai hari-hari sebab takut habis cepat, tapis sebab nak rawat rambut ni, kita ikut jela. Alhamdulillah, rambut dah tak banyak gugur. Sekarang sehelai dua je ada..Suka giler weii..Orang cakap kalau shampoo selalu tak elok, tapi sebenarnya elok shampoo hari-hari dengan penggunaa shampoo yang betul. Selamat pakai shampoo Tyzara ni.


Bestnya shampoo ni, bila pakai dia sejuk je dekat kepala. Rasa selesa je kepala sepanjang hari bila guna shampoo Tyzara ni. Takde dah rasa gatal atau berminyak. Kadang rambut nad ni cepat berminyak, lepas pakai shampoo ni, takde dah minyak. banyak betul masalah rambut nad. Oh korang jangan terkejut, shampoo Tyzara ni memang tak banyak buih bila digunakan, tak sama macam shampoo di luar sana. Korang tuang je sikit dekat kepala, urut-urut kepala sikit, lepas tu bilas.


Lagi menakjubkan, shampoo ni nad jadikan dia Hair Tonic disebabkan rambut nad kronik sangat, mudah gugur. Caranya setiap malam, sebelum tidur, bubuh sedikit, urut dekat kepala. Lepas tu biar je sampai esok pagi. esok pagi baru basuh. Hah!!..lega kepala..Bau shampoo ni pun wangi. Sampai bantal yang nad guna pun terlekat bau shampoo ni..hahaha..wangi je. Kadang saja libas-libas rambut dekat suami sebab wangi sangat..haha..suami redha..haha..

Sekarang dah boleh bela rambut panjang balik yeahh..hhahaa. Hah!! syampoo ni nad kongsi sekali dengan mr mafia ok. Mr mafia rambut botak tengah, tak salah pakai shampoo. bagi dia relaks bila kepala dia segar. dengan cuaca panas ni. Takde dah masalah rambut gatal ke, berminyak ke. Tak risau dah pakai shawl selalu. Takde dah masalah rambut bersepah dekat lantai atau bilik mandi.


Hah!! untuk pembaca blog nad, siapa yang baca ni memang korang beruntung sebab ada promosi. Korang just  type TZ “Nadia” ke WhatsApp ke 012-4430338 untuk dapatkan diskaun shampoo Tyzara ni.

Boleh tengok dekat page apa kata pengguna. –
Pages : Rahsia Sihat Dan Cantik http://www.facebook.com/rahsiajamu
Instagram :  https://www.instagram.com/tyzara_ibusuri_juzq30/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

16 comments so far,Add yours

  1. hmmm.. menarik juga ni.. leh cuba nanti... tq nad..

    ReplyDelete
  2. Mcm nak try je, teruk gak rmbut gugur lepas bersalin si dhia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  3. wah !! ade jugak produk senang sapu sapu gini ye.. nanti kena cari nih..

    ReplyDelete
  4. Kak Nina pun guna shampoo Tyzara. Suka sangat! Berkesan

    ReplyDelete
  5. wahh nampak bagus ni, rambut dah makin gugur..boleh cuba shampoo ni pulak...

    ReplyDelete
  6. min pun gugur teruk . boleh try ni

    ReplyDelete
  7. Kak Sue suka bau shampoo nie..sedap!

    ReplyDelete
  8. part tonic tu mcm best.
    boleh try ni.
    nk shampoo malas.
    hehehe.
    kalau boleh sapu je sebelum tido mmg kena cuba le.
    simple

    ReplyDelete
  9. wow mujur ada produk macam ni. kalau tak ada mau sakit jantung si suami sebab tengok isteri botak hehe

    ReplyDelete
  10. Mcm nak kene try jugaq ni sbb sy mmg tengah alami masalah ni skrg :'(

    ReplyDelete