Baju Kawin, Baju Kawin Kembang, Perkahwinan

hai assalammualaikum

Baju Pengantin Kembang Bawah Macam Puteri - Ada korang tengok baju pengantin pelakon Amyra Rosli yang telah selamat bernikah dengan Amar Baharin. Cantik sangat weeii. Dah macam puteri. Artis ni kalau lawa, pakai baju pengantin yang direka oleh pereka terkenal seperti Rizman Ruzaini memang cantik.




Rekaan baju pengantin untuk Amyra Rosli yang penuh dengan berlian swarovski dan renda Perancis. Memang cantik, baju pengantin gaun kembang bawah, ditambah dengan kain panjang diilhamkan dalam cerita dongeng. Untung jadi artis popular ni, dapat rasa pakaian yang direka pereka terkenal..huhuhu..kalau kita orang biasa, mau bajet lari. Lainla orang tu orang berada..orang kaya.

Sesekali nak imbas balik time nad kawin..hahaa..Haritu dah cerita pasal bridesmaid, sekarang cerita pasal baju kawin pulak. Sebenarnya tak pernah cerita pasal baju kawin nad dekat blog, waktu tu sibuk betul. Sekarang dah ada anak satu baru nak cerita..hahaa..Takpe, boleh throwback kan.. Tema baju pengantin nad semestinya biru. nad kan memang suka biru. Ingat nak juga kain kembang dibawah, tapi takde, dan nad dapat kembang tak berapa kembang sangatla..hahaha.


Tak ingat apa nama butik pengantin ni, tapi butik ni dekat Batu Caves. Nad pilih butik ni masa dekat Event Kawin yang diadakan di Shah Alam. Biasalah, dulu kalau ade event kawin, orang panggil ape ye, lupa la, selalu tengok orang post, lepas tu date, ajak tunang masa tu. Siapa lagi mr mafia la. Tapi pergi sekali je, tu pun dua bulan lagi kot nak kawin..Pilih punya pilih butik dekat situ, itu yang nad pilih sebba tawaran ok.





Datang kedai dia dekat Batu Caves, pilihla baju yang berkenan di hati. Alhamdulillah, ada baju biru yang berkenan di hati..heehhe. Cuma dia straight pastu kembang sikit je dekat bawah. Tak meleret kainnya.


Satu lagi untuk majlis berinai, nad amik kain songket. Yang ni lawa, sebab kain dia meleret, lepas tu designnya memnag unik..Waktu tu mr mafia pun cakap lawa baju ni.

Saje nak throwback.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. baju kawen amyra rosli memang lawa..princess gituu..tapi yelahh..artis kan..memang la mampu...kita pun mampu jugak..mampu tengok..hahahah

    ReplyDelete
  2. Haih...terus akak rasa nak kawen

    ReplyDelete
  3. artis semuanya lawa lepas ni adala yang nak pakai macam tu hihihihihi

    ReplyDelete
  4. Baju lawa..rasa nak pakai gak baju.macam nie..hihi

    ReplyDelete
  5. kannnn!! baju Amyra Rosli tue cantik sesangat .... haih~ tgk baju dia rasa nak kahwin balik tapi semestinya dengan orang yang sama lah kan . hihihi... tapi confirm lah baju dia mahal sgt kan sebab rizman ruzaini yang buat . haih lawanya =)

    ReplyDelete
  6. memang cantik gaun amyra, harga pun mmeang cantikkan rm120k. huhu takpelah kita2 ni buat ikut bajet kita sudah

    ReplyDelete
  7. Kalau dah penuh berlian tu memang laawaaa kan. Heheh. Baju kak Nad pun lawa jugak :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nad....mmg lawa baju kawin amyra rosli tu...baju kawin nad apa kurangnya cantik juga...org skg mcm2 baju kawinnya masa mama dulu x ada yg mcm skg ni...pakai baju songket biasa aja nad...kiranya kita bersyukur la dgn apa yg kita mampu kn...:)

    ReplyDelete
  9. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete