hai assalammualaikum

Anak Buah Yang Ke 13 Selamat Dilahirkan


Eh, Fariza dah ade adik ke??.. Bila nad mengandung..hahaha..tidakla..Fariza nak ada adik tunggu dia 2 tahun lebih. Boleh dengar arahan mommy dia ni.. Sekarang tunjuk baby pun buat tak tau je..hahah. Masih merap dengan mommy lagi hah. mr mafia duk sibuk tanya Fariza nak adik,. Ingat senang nak jaga..fuhh...Ni sebenarnya anak adik. Adik bongsu.

Pagi tu dapat whatsup group family, cakap adik dah masuk dalam labour room. Dalam beberapa minit, adik ipar cakap selamat dah Liza dah selamat bersalin. Macam biasa kakak-kakak ni suka menyibuk..hahaha. Nak tau anak jantina apa??. Macam mana sakit??? Bila balik???..hahahhaa...makcik-makciknya tak sabar nak tau, duk paksa adij ipar jawab..

Adik sakit awal pagi. Dia cakap, sakit pinggang macam nak berak. Biasalah pertama kali, tak tau rasa nak bersalin. Macam nad la, tak tau rasa nak bersalin tu macam mana. Kata akak ipar , adik boleh tahan lagi masa dekat rumah. Kata adik, sampai hospital dah buka 9cm..hebat tak hebat adik nad..Nad 3cm pun dah macam ulat gonggok..

Adik cakap, kalau tak kena vacum, sebab tak reti nak teran, tapi nurse tolong, akhirya selamat dilahirkan anaknya yang comel macam cina tu..hahaha. Adik dulu masa baby pun macam cina. Dia la lain dari yang lain dari adik beradik. Dah la tinggi, cantik pun dia..hahaha.

Pagi tu bersalin, malam dah boleh balik. Anaknya dah berak, kencing, sihat..bolehla balik. Jeles pulak nad,..hahaha,nad dulu nak balik anak pulak demam, dah demam kena tahan wad pulak. Terpaksa kena tinggal dekat hospital. Paham-paham jela, kena tinggal dekat wad, rasa tak best.


Ni la dia, anak buah yang ke 13. Cucu Johari dan Latipah yang ke 13. Nur Jannah Hanisah. Lahir dengan berat 2.6kg. Kuat nyusu. Bagus budak ni, tidur je. Kenyang tidur, adik pun banyak susu dia. Doakan dia baik dari kuning.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. comelnya.. moga jadi anak yang soleha

    ReplyDelete
  2. tahniah!... bestnya bau baby..
    psstt kita baru follow blog ni..hahaha.. tak perasan belum follow lg.. no 1001 tu..

    ReplyDelete
  3. Igtkn anak yg ke 13... hmmmmmmmm

    ReplyDelete
  4. Igtkn anak yg ke 13... hmmmmmmmm

    ReplyDelete